Tuan rumah tidak kenal pengundi
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini mengemukakan surat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan wujud keraguan dalam senarai pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Terdapat kes melibatkan pemilik sebuah rumah di Kampung Permatang Janggus yang tidak mengenali tujuh pengundi berdaftar menggunakan alamat kediamannya.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, berdasarkan senarai pengundi yang dikeluarkan, terdapat 14 pengundi beralamat di rumah tersebut.
Katanya, bagaimanapun apabila disiasat dengan pemilik rumah tersebut didapati hanya tujuh pengundi yang dikenali manakala selebihnya tidak dikenali.- + selanjutnya
He he he .... SPR tak buat kerja ke?
0 comments:
Post a Comment