Siapa gaduh angkat tangan ?
Tan nafi gaduh dengan Teoh
Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah nafi pernah bergaduh di tandas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Teoh Beng Hock pada pukul 2 pagi 16 Julai.
Tan menolak keterangan Mohd Anuar Ismail, pegawai penguasa kanan SPRM Selangor, di inkues menyiasat kematian Teoh semalam
"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," beliau dipetik berkata di mahkamah koroner Shah Alam semalam.
Tan membuat penjelasan dan sekali gus penafian dalam satu sidang media khas di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari ini. - Mkini
Tok Moh dulu pendekar ..
Dia pandai silat. Bukan la terror sangat tapi macam hero.
Bila ada musuh yang kena pukul .. dia kata "Tu aku yang pukul"
Bila ada musuh yang terkencing ... "Dia takut dengan aku tu"
Bila ada musuh yang jatuh dari Gunung .. "Hah tuuuu aku yang tolak tu"
Tiba bila disiasat kenapa Si Leman mati telan taik kambing, terus Tok Moh kata "Ehhh .. bukan aku ... errrr.... dia tu yang pukul ... errrr.... dia tu yang tendang ... errrr... dia tu yang basuh baju" .. Tok Moh tak berani nak ngaku.
1 comments:
Hebat nu pegawai SPRM nih, boleh faham bahasa Cina?
Post a Comment