Rakan WARTAMAYA

Wednesday, August 19, 2009

Saksi SPRM tergamam secara tiba-tiba

SHAH ALAM: Pemangku Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail, secara tiba-tiba tergamam dan tidak dapat menjawab ketika disoal-siasat oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan, tentang bagaimanakah siasatan dijalankan ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Ketika Tan meminta saksi ke-16 inkues kematian Teoh ini menjelaskan situasi proses tersebut dijalankan, Mohd Anuar, 32, hanya diam seolah-olah tidak memahami soalan yang diajukan kepadanya.

"Semasa kamu masuk ke dalam bilik tersebut (bilik soal siasat dijalankan) bagaimana suasana semasa Nadzri (Mohd Nadzri Ibrahim) rakam percakapan Teoh?" soal Tan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list