Rosol, 9 Adun nafi spekulasi sertai pembangkang
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid menafikan spekulasi bahawa beliau dan kumpulannya yang menentang kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan melompat parti dan menyertai pembangkang.
Sambil menyifatkan berita itu sebagai sengaja dicetuskan untuk mencalar imej mereka, bekas Exco kerajaan negeri itu berkata, walaupun tidak serasi dengan pentadbiran Ahmad, beliau dan kumpulannya akan terus setia dengan Barisan Nasional (BN) kerana yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Berita itu tidak betul. Saya pun dah lama dengar. Ia dibuat untuk mencetuskan suasana tidak selesa di kalangan kami (kumpulan penentang). Setakat ini tidak timbul isu lompat parti. Mungkin ia timbul kerana akhir-akhir ini banyak isu lompat atau keluar parti. Setakat ini kita setia dengan BN dan tidak ada kompromi dengan apa berlaku. - + selanjutnya
Tok Moh pesan kalau Rosol ni nak masuk PR, suruh dia masuk ke Bebas jer ..
Biar dia berkawan dengan osman dan jamal dulu .... he he he ...
Muka spesen ni susah .. takut ubah ubah.
0 comments:
Post a Comment