Muhyiddin suruh TG Nik Aziz taubat
MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kesilapannya dan bertaubat selepas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataannya tentang ajaran Islam oleh Umno tidak membawa penyokongnya ke syurga, adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan oleh jawatankuasa itu perlu diterima oleh seluruh umat Islam kerana ia berdasarkan kajian dan diperkenankan oleh Majlis RajaRaja dan tidak boleh dipertikaikan.
"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) itu bukan sahaja bercanggah dengan Fatwa malah bercanggah dengan undang-undang dan hukum syarak. Sepatutnya bila sudah buat salah, kita kena bertaubat dan mengaku bahawa itu satu kesilapan serta meminta maaf kepada Allah S.W.T," katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pekan Bukit Kepong dan beramah mesra dengan penduduknya di sini hari ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment