MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diarah oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia bagi pinjaman beliau untuk membeli saham Guthrie pada tahun 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf yang membuat keputusan itu dalam kamar bagaimanapun membenarkan permohonan Khalid untuk menangguhkan pembayaran sementara menunggu permohonan rasmi pada 16 Sept.
Peguam Khalid Malik Imtiaz Sarwar memberitahu pemberita bahawa Rohana membenarkan permohonan Bank Islam untuk satu penghakiman terus mengenai alasan kes itu tidak perlu dibawa ke satu perbicaraan penuh kerana tidak ada isu triable. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment