Khairy benci tapi rindu
KUANTAN, 11 Ogos — Satu cubaan untuk mengadakan debat di antara Ketua Pemuda Umno dan Ketua Dewan Pemuda PAS berkaitan peranan pemuda dalam masalah rasuah dan masa depan negara telah diusahakan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat melalui surat setiausahanya bertarikh 5 Ogos 2009 telah awal-awal lagi bersetuju dengan usul tersebut.
Malangnya, jelas Nasrudin, beliau telah menerima khabar dari Gerak semalam bahawa debat tersebut terpaksa dibatalkan kerana Khairy menolak untuk hadir. Ini, tambah Nasrudin adalah penolakan keenam Khairy untuk bersemuka dalam perbincangan terbuka bersama beliau setelah yang terakhir baru-baru ini, wacana ilmiah gagasan Nasrudin sendiri menemui jalan buntu.
Ini kerana, Khairy dalam prasyaratnya untuk memberi pertimbangan terhadap cadangan wacana ilmiah tersebut telah berkehendak mahu bertemu empat mata dengan Nasrudin. Bagi Nasrudin, alasan dan syarat Khairy ini adalah sesuatu yang lucu memandangkan penjelasan lengkap tentang wacana tersebut telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya dalam surat rasmi Pemuda PAS kepada Pemuda Umno. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment