Rakan WARTAMAYA

Wednesday, August 19, 2009

H1N1: 2 sekolah di USJ Selangor diarah tutup

PETALING JAYA: Dua buah sekolah di USJ, Selangor diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan berkuatkuasa esok ekoran penularan virus H1N1.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sek Menengah USJ12 dan Sekolah Rendah USJ20.

Notis mengenai penutupan kedua-dua sekolah tersebut telah digantung di hadapan pintu pagar untuk makluman dan tindakan ibu-bapa.

Seorang ibu yang dua orang anaknya bersekolah di Sekolah Rendah USJ20 telah menelefon Bilik Berita mStar memaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, mStar difahamkan, di Sekolah Menengah USJ12, seorang guru matematik dikatakan telah meninggal dunia kerana H1N1. Perkara ini juga disahkan oleh seorang ibu yang anaknya bersekolah di situ. - + selanjutnya


Share/Bookmark

0 comments:

Blog list