Rakan WARTAMAYA

Sunday, August 16, 2009

Calun BN Permatang Pasir mengaku di senarai hitam

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan undangan Negeri N11 Permatang Pasir, Rohaizad Othman membuat akuan secara terbuka bahawa beliau telah disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia sebelum mana-mana pihak memainkan isu tersebut dalam pilihan raya kecil nanti.

Calon BN tersebut membuat kenyataan ini selepas mendapati ada pihak yang mendedahkan bahawa lesen guamannya telah ditarik. Rohaizad bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai pendedahan berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu," katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

"Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya," katanya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list