BN tidak serang peribadi calon
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan kaedah kempen berupa serangan peribadi dengan memburukkan calon lawan walaupun Pas sudah mengambil pendekatan sedemikian ke atas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kali ini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bukan menghairankan kerana pakatan pembangkang pastinya akan menggunakan apa sahaja taktik termasuk berupa tipu helah dan mengeluarkan fatwa-fatwa songsang.
‘‘Kita tak nak kata calon mereka, berdosa.. Tapi kita tahu rakyat boleh menilai kemampuan calon mana yang baik. Calon kita (Rohaizat Othman) muda, memang orang tempatan dan bukan orang luar dari Permatang Pauh.
‘‘Jadi beliau sudah biasa dalam parti, organisasi sukarela, jadi calon yang terbaik adalah calon BN,” katanya kepada pemberita di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini hari ini. - + selanjutnya
He he he .. tak der isu.
![]()
4 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
Nik Aziz kata jangan serang peribadi...anwar ibrahim serang juga...
apa cerita?
NI LA MASALAH ORANG JUMUD..BILA ORG PR KUTUK PERIBADI BOLEH BILA BN KATA MCM2..
1`.BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
2.*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
3.Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
4.*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
5.*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
6.*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
7.Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
8.Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
9.*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
10.*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
11.Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
12.*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
13.*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
14.*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
15.*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
16.*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.
jadi dimana agama mana politiknya..tolong bezakan
JGN JADI ISLAM JUMUD DAN TIADA HAK BAGI MANUSIA MENGATAKAN DIA LEBIH ISLAM DARI ORG LAIN
bersatu padulah dalam pakatan rakyat, tolak BN, tak serang peribadi kan...
yang kata anwar pengkhianat tak serang peribadi ka???
Post a Comment