Rakan WARTAMAYA

Monday, August 17, 2009

BN tidak akan bohong pengundi - Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Barisan Nasional (BN) akan memberi penjelasan berdasarkan fakta kepada pengundi mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana berkata, BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

“Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong.
Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau mengiringi calon BN, Rohaizat Othman di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sempena proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di sini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list