1,000 berhimpun di PWTC sokongan kepada Muhyiddin
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Lebih 1,000 berhimpun di perkarangan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.
Mereka berhimpun selama kira-kira 30 minit dari jam 11 pagi terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO daripada pelbagai peringkat yang mewakili bahagian-bahagian parti di seluruh negara serta anggota badan bukan kerajaan (NGO).
Antara NGO terlibat termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Sebaik sahaja Muhyiddin tiba di perkarangan Menara Dato Onn, laungan ‘Hidup Tan Sri Muhyiddin’ bergema sebagai tanda sokongan kepada beliau. - + selanjutnya
3 comments:
Ok, tak pe lah...lepas ni penyokong Anwar pulak buat demo.....tengok mana lbh ramai...wakkaa..wak ka..aka...wakka..he..ha..
tapi kena bagi lah permit..kalau tak, tak aci lah...ha..ha..ha..
(aku rasa berpuluh kali ganda kot, tengok nanti...tungguuuuuu)
sarkas percuma....
Terima kasih atas maklumat menarik
Post a Comment