Rakan WARTAMAYA

Monday, July 20, 2009

Ulama PAS Patut Keluar Fatwa Mengenai Nyalaan Lilin - Zambry

[...] Katanya ulama PAS seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

"Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, hari ini.

Menteri Besar mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.- + selanjutnya
Share/Bookmark

4 comments:

wan afiq July 20, 2009 at 11:01 PM  

salam...

mb perak mendedahkan kelemahan diri sendiri. saya quote kata2 beliau,< saya bukan ulama nak komen tentang tindakan nizar > nampak sangat cetek ilmu agama. mcam mane seorang pemimpin negeri yang memimpin ratusan ribu rakyat tidak mampu menghujahkan persoalan sudut agama..jika dibandingkan dari segi kredibiliti dgn mb kelantan memang sure out..
pilihan raya umum 13, um/bn harap2 jgn calonkn mb perak lg..elok d hntar balik ke tmpat asalnya

DR 1221 July 20, 2009 at 11:33 PM  

Assalamualaikum.
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

maw July 21, 2009 at 5:29 AM  

kenapa melihat pada lilin sedangkan akidah yang harus dan lebih besar impaknya pada pengeluaran lesen judi oleh pemimpin bn/umno,tidak menitik beratkan pembelajaran agama diperingkat pengajian tiggi dan persekolahan,peningkatan murtad dikalangan remaja islam,ayah pin ,gejala akidah songsang,pesakit hiv orang islam dibelai oleh sebuah gereja dan pemimpin bn/umno yang menolak hudud secara terang tanpa malu pada hukum allah swt.tuhan mereka sendiri.ini lebih berat dari sebatang lilin.you missed the forest for the tree.

semut July 21, 2009 at 5:41 AM  

Fatwa rampasan kuasa di Perak, bila lagi?

Blog list