Rakan WARTAMAYA

Thursday, July 16, 2009

Syarat-syarat santau

JULAI 15 — Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

12 comments:

KARIPOP,  July 16, 2009 at 8:19 AM  

Salam Wak................... SANTAU!!!!!!! eeeeee takut eden... fikiran TAK WARAS je yang sanggup santau menyantau nih!!!!!!

Anonymous,  July 16, 2009 at 4:13 PM  

Hanya AHLI NERAKA sahaja yang zalim dan sanggup menyantau orang....jauhi dari sifat zalim..

TalorTambok

Anonymous,  July 17, 2009 at 6:21 PM  

cubalah santau SPR dan SPRM kalau boleh!!!!

tok iskandar July 17, 2009 at 6:30 PM  

Takziah kepada kaum keluarga Teoh Beng Hock.Kematian mengejut beliau yang juga setiausaha politik exco Selangor,Ean Yong Hian Wah,telah menggemparkan negara ini.

Menurut laporan laman web
malaysiakini.com,beliau terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Kini timbul pelbagai spekulasi sama ada beliau membunuh diri ataupun membunuh diri?Apapun rakyat tertanya-tanya mengapa beliau ditahan begitu lama untuk disoalsiasat.Ramai yang mempersoalkan prosedur soalsiasat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai SPRM.Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam.

Satu lagi pertanyaan yang perlu dijawab oleh pihak SPRM,apakah ketika disoalsiasat,Teoh ditemani oleh peguambelanya.Di warung kopi dan gerai-gerai makan,orang ramai yang berang tertanya-tanya jika beliau membunuh diri,mengapa seluarnya koyak rabak?Mereka turut mempersoalkan layanan pegawai SPRM terhadap mendiang Teoh.Itu belum lagi persoalan sama ada beliau dibenarkan mandi,makan dan minum atau menukar pakaian.Tok bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub,pelik setelah selesai disoalsiasat pada pukul 3.45 pagi,mendiang teoh meminta untuk berehat di pejabat SPRM.Kebiasaannya,sesiapa sahaja setelah disoalsiasat akan pulang ke rumah.

Kematian misteri mendiang Teoh telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan menjadi rentetan siri-siri kematian misteri sebelum ini seperti kematian Kugan di dalam lokap.Sebelum kebimbangan dan ketakutan rakyat tercetus,eloklah satu suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh seperti yang dicadangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap SPRM dan sebelum kredibilitinya tercemar,eloklah Suruhanjaya di Raja ditubuhkan segera menyiasat kematian mendiang Teoh.

Kenapa Khir Toyo yang sedang menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat Selangor berhubung istana mewahnya yang dianggarkan RM24 juta dan mereka yang terlibat dalam skandal PKFZ tidak disoalsiasat seperti mendiang teoh.demikian luahan rasa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Mendiang Teoh adalah seorang warganegara Malaysia.PDRM perlu bersikap telus dan adil menyiasat kematian misterinya tanpa mengambil kira warna kulit,agama atau latar belakang politiknya.Itulah harapan kaum keluarga mendiang teoh dan kita semua berkongsi hasrat yang sama.

Pegawai-pegawai SPRM yang telah terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh,perlu ditahan reman untuk disoal-siasat oleh polis.Tok nasihatkan eloklah kerajaan BN akur dengan cadangan Pakatan rakyat supaya suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh kerana rakyat tidak mahu lagi insiden mata lebam Anwar,kematian mengejut Kugan dalam lokap polis dan terkini kematian misteri mendiang Teoh di bangunan SPRM berulang lagi.

Jika kerajaan BN gagal berbuat demikian dan dilihat oleh rakyat cuba menyembunyikan sesuatu,percayalah saat-saat tumbangnya kerajaan BN semakin hampir.

Undi tak percaya rakyat akan diberikan kepada setiap pemimpin BN dalam PRU yang akan datang dan mereka akan kecundang seorang demi seorang,percayalah.

tok iskandar July 17, 2009 at 6:36 PM  

spekulasi bertiup kencang apakah mendiang teoh dibunuh atau membunuh diri perlu dijawab segera dan kerajaan BN tak dapat tidak perlu akur dengan cadangan penubuhan suruhanjaya di raja menyiasat kematian misteri mendiang Teoh

tok iskandar July 17, 2009 at 7:50 PM  

kes anwar lebam mata dulu selesai bila suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kesahihannya.
elok juga suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk siasat kematian mendiang teoh.
ramaipenyokong Pakatan Rakyat meragui peranan Najib sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor.Dulu bila dia jadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak,huru-hara negeri Perak sampai tumbang kerajaan Pakatan Rakyat di sana.
Sekarang huru-hara pulak Selangor.Ada yang tanya ada usaha nak tumbangkan kerajaan Pakatan rakyat Selangor ke?
Ramai sudah mula mempertikaikan peranan SPRM.Dulu 2 exco Perak disiasat SPRM dan sekarang 5 adun Pakatan rakyat pula disiasat oleh SPRM.Jangan sampai rakyat menganggap SPRM jadi alat UMNO.kenapa pulak sehingga sekarang kedua bekas exco Perak itu tidak didakwa di mahkamah.
Ramai sudah mula bertanya apakah SPRM dah jadi sayap UMNO selain pemuda,wanita dan putera dan puteri

Anonymous,  July 17, 2009 at 8:04 PM  

Hah apa lagi....Geng-geng kat MCA, Supp, SCA, Gerakan tak kan dok diam jer,,, DEMI keadilan nyawa tak kira sapa pun, perlu dapat pembelaan. Tee kiat, soo kon, yen-yen, teck lee, soi lek...tak kan diam bantu la polis siasat..apa yg sprm dah buat. Karang 100% cina dah tak sokong korang....sapa yg lugii......

hayamcangui

vesewe,  July 18, 2009 at 3:21 AM  

I have no words to describe all those Umno idiots, investigating the officers and the BN government.

I cried for all Malaysians because I don't see any hope that our nation can give any future to our next generations to come!

ruyom,  July 18, 2009 at 3:26 AM  

When you believe in God, you would value life! These Umno idiots claim to have faith but don't value one's life, where will they end up in after life! God judge!

Anonymous,  July 18, 2009 at 5:26 AM  

Sejak zaman Jahilliah dulu pun dah ada ilmu macam ni. Tak pelik kalau ianya ada sekarang dan makin teruk ketika akhir zaman.

Nauzubillah

tok iskandar July 18, 2009 at 12:20 PM  

Rakaman video mendiang teoh disoal-siasat pegawai SPRM akan membuktikan sama ada beliau seorang saksi atau suspek.

Kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat yang tinggi,mayat seseorang akan bersepai tapi tidak dalam kes mendiang teoh.Hanya sedikit tumpahan darah dan seluar yang koyak rabak dari belakangnya.Pakar patologi amat diperlukan dalam kes seumpama ini.Elok diupah pakar dari luar negara kerana tidak ramai yang mahir dalam bidang ini di Malaysia serta dikhuatiri tidak telus.

Sepatutnya ketika ini semua pegawai SPRM yang terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh ditahan reman dan diambil keterangan mereka.

Rakyat meragui ketelusan polis dalam menyiasat perkara ini kerana awal-awal lagi pihak polis menafikan ada unsur foul play.itu belum siasat lagi.Tak dapat tidak satu suruhanjaya di raja wajar ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang teoh.

kepada bloggers umno totok dan media totok pro umno,jika tak simpati terhadap kematian mendiang teoh,janganlah korang kutuk dia bukan-bukan.cuba bayangkan jika anak atau kaum keluarga korang sendiri yang jadi mangsa.....

Kepada pemimpin MCA,SUPP dan lain-lai parti berteraskan kaum Cina kenapa masih diam membisu?Hanya Koh Tsu Koon sahaja yang berani mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan menyiasat kematian mendiang Teoh.Sikap korang semua amat dikesali.

Eloklah cadangan DS Anwar agar jelajah negara diadakan bagi menerangkan isu mendiang Teoh.

Rakyat semakin meluat dengan SPRM.Kenapa kes PKFZ,mahligai mewah Khir Toyo,bumbung stadium runtuh,kes rasuah RM3 juta melibatkan MRR2 dan banyak lagi hanya dipandang sepi oleh SPRM.

Bukan UMNO sahaja yang bayar gaji mereka dan sebagai kakitangan awam,mereka sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat.Kalau nak berkhidmat untuk UMNO,eloklah letak jawatan.Kematian mendiang Teoh di premis SPRM menjadi tanggungjawab SPRM sendiri dan jangan semudah itu untuk lepas tangan.

Rakyat tertanya-tanya kenapa najib tak pulang ke tanahair lagi...apakah takut menerima kecaman atau soalan wartawan.inilah one malaysia kalau korang semua nak tahu.

zaman sekarang canggih.boleh buat ucapan takziah dan rakam dalam tv3 ke,astro ke.....kan ada blog,apasal tak pakai.

tibalah masa untuk kita semua menumbangkan BN dalam apa sahaja PRK dan PRU kerana mereka tak layak lagi memerintah negara

Anonymous,  July 18, 2009 at 5:37 PM  

Sedikit pengetahuan yang diajarkan oleh guru saya. Ketika makan ditempat yang diragui, pantang bagi santau adalah dengan menyilangkan kaki ketika makan. Kaki seperti memangkah (bersilang), kaki kanan di atas, kaki kiri dibawah. InsyaALLAH, santau yang dihantar tidak akan terkena pada si mangsa, bahkan akan kembali kepada tuannya... selain dari itu, bacalah ayat penggerak, (BISMILLAHHILLAZI LAYADHURRUMAASMIHI SHAIUN FIL ARDHI, WALAFISSAMA I WAHUWASSAMIUL ALIM... segalanya dari ALLAH, samada santau itu menjadi atau tidak, adalah hak mutlak ALLAH YANG MAHA ESA.

Blog list