Rakan WARTAMAYA

Sunday, July 12, 2009

Rombak EXCO Selangor !!!

Ya, Exco Selangor patut ditukarkan.

Saya menyokong penuh seruan YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa, supaya menggantikan ahli Exco Selangor tertentu yang tidak layak untuk memegang jawatan mereka.

Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan golongan peniaga di Selangor bahawa pejabat salah seorang ahli Exco telah dan sedang digunakan sebagai tempat bermesyuarat untuk orang yang terlibat dalam peniagaan jenis yang boleh dipersoalkan ataupun “underground business activities.” Ini adalah rahsia terbuka dalam pejabat pentadbiran Selangor dan ini akan menjejaskan imej pentadbiran Pakatan.

YB Azmin Ali telah berucap dalam DUN sebagai wakil rakyat dan beliau telah menyampaikan kebimbangan umum dan pada masa yang sama melindungi keutuhan pentadbiran Pakatan di Selangor.

Amat malangnya jawapan yang serta merta daripada ahli exco kanan, YB Teresa Kok, adalah serangan terhadap YB Azmin Ali dan ini menunjukkan suatu “sikap buruk dan bongkak” beliau untuk mencadangkan pemecatan YB Azmin Ali sebagai Presiden Kelab “Backbenchers.” - + selanjutnya

EXCO EXCO yang tak bagus, jangan perasan bagus. Kalau tak bagus .... ganti orang lain. Kita dah tak ada masa !
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list