Pelajar bantah program Umno di UKM
[...] Ketika dihubungi Malaysiakini, Hisyamudin berkata, berdasarkan poster dan risalah yang ditampal dan diedakan kepada pelajar, program itu adalah anjuran bersama Kelab Aspirasi UKM - yang pro-kerajaan.
"Perkara ini bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," dakwa Hisyamudin.
Nafi babit pelajar
Sementara itu, Umno Serdang ketika dihubungi mengesahkan pihak menganjurkan program tersebut tetapi menafikan ia melibatkan pelajar universiti berkenaan.
"Tidak ada kerjasama dengan sesiapa. Ini anjuran kita sendiri," kata setiausaha kerjanya Abd Halim Musa.
Sehubungan itu, beliau mendakwa kemungkian ada pihak yang mengedarkan poster dan risalah palsu yang mengaitkan aktiviti Umno dengan persatuan pelajar di UKM.
"Kalau ada bukti yang sahih nanti, kita akan ambil tindakan dan laporkan kepada pihak polis," katanya.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment