Rakan WARTAMAYA

Friday, July 31, 2009

Jangan halang himpunan ISA - TG Nik Aziz

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Julai 31 — Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti-ISA yang akan diadakan di ibu negara esok sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.

Nik Aziz tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan. Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.

Difahamkan Nik Aziz akan turut serta bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list