Lima Pegawai Imigresen Ditahan Disyaki Terlibat Seludup Manusia
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Lima pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor dan empat perantara ditahan di beberapa lokasi di Johor sejak Jumaat lepas kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia di sekitar sempadan antarabangsa negara.
Sembilan yang ditahan itu dikatakan mendapat habuan bayaran hasil khidmat "menjual" manusia, kebanyakan pelarian Rohingya termasuk wanita, untuk dijadikan buruh paksa dalam beberapa sektor pekerjaan seperti sektor perikanan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis membuat pemantauan dan risikan terhadap kegiatan individu yang berumur antara 25 hingga 40 tahun itu sejak Mac lepas.
"Mereka yang ditahan ini terlibat secara langsung dalam kes penyeludupan manusia bermula dari sempadan negara ke beberapa laluan tikus yang dipercayai menjadi laluan keluar ke sempadan antarabangsa.
"Sampai di exit point itu, mangsa akan diserah kepada kumpulan sindiket penyeludupan manusia sebelum dibawa ke negara jiran atau kembali ke Malaysia untuk bekerja secara haram sebagai buruh paksa," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Isnin. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment