Caj Astro naik RM12 kerana EPL
KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.
Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.
Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di - seterusnya
![]()
10 comments:
Yong dah kabor semua kaum kerabat sejak dulu lagi. Tak payah langgan Astro ni. Kena tipu je. Tapi deme tak caya. Nak langgan jugak. Padahe harga getah turun. Sawit pun turun. Minyak naik. Inflasi naik. Kot ia nak tengok liga perdana england (Yong pun minat gak) pergi je ramai2 ke kedai mamak. Hah...tengok le, sorak le. Mamak pun happy ade kome sebab teh tarik laku. Kat tempat Yong ni restoran yang tak mamak pun tayang bola sebab nak tarik pelanggan. So jangan risau. Duit RM12 tu banyak mike!!!
DAH TAK PAYAH ADA ASTRO.......YANG DAH BERLANGGAN TU BERHENTI SEMUA...NAK TENGOK KUTIPAN BULANAN ASTRO KURANG KE LEBIH? KALAU SEMUA BOLIH BOIKOT ASTRO BARU DIA TAU....
Ye la tu..'lebih rendah dari Spore, HK bla' kenapa tak banding dengan Ghana, Zimbabwe, Jamaica??? Nepal, Sri Lanka pun ok.. benci betul aku ayat standard camtu...kononnya nak pujuk org le tu...tak yah le..bunyi mcm Pak Pandir kematian anak aje.
Ramai yang bodoh dari cerdik di Bodohland.....sanggup bayor lebih semata-mata kerana EPL...suruh boikot buang ayor liur aje...
Bodohland Boleh
aku tak heran sgt caj tengok bola naik. sbb memang teman terbaca lama dah pasal epl naikkan hak penyiaran depa di england.
cuma aku tak puas hati sbb nak tengok bola terpaksa ambil pakej keluarga + 1 mini + sukan. yg tensennya teman cuma nengok bola je. masa lain teman ngadap laptop.
tak boleh ke astro buat pakej bola je. tak[pe le kalau kena bayor 40 sebulan pun. dgn harga baru ni teman terpaksa bayor rm72 sebulan sbb nak nengok bola..adoiiii la.
jap lagi teman nak email astro mau minta pertimbangkan pakej sukan saja.
Tuan blog...
Nak Naik....naik la tapi sekadar RM3-RM5 udah le,
Lagipun aku tak nengok bola, aku nengok tenis jer.
Aku cadang....peminat epl...bila liga mula hampa langgan la. Tapi bila time EPL rehat yg 3 bulan tak yah la ada astro...atau buang jer astro dlm tong. Astro prog...banyak yang ngarut...satu pesanan buat diri sendiri dan orang lain....
utuh henti langgan dah
sokong sokong !!! same same boikot astro biar diorg tau !!! mcm kite wat kat McD..
ASTRO dah tak sedar diri sekarang nie. Bagi yang bercadang nak rasa jadi mewah ada ASTRO kat rumah. hentikan je niat tu. Tengok, pakej KIRANA dihentikan. wujud pula pakej baru. kena bayarlak tu. Untung ASTRO pun kerana pengguna, boikot je. nak tau jadi cam mana. minyak naik semua kecoh. ASTRO naik diam je. kenapa????. sedarlah rakyat malaysia.
ala ni semua gara2 gomenlah.. sebab gomen dh janji ngan asteruk bg asteruk monopoli sowang2 tv satelit hingga 2017 so asteruk ada masa 17 tahunlagi utk peras duit rakyat... kalo tv satelit ada pesaingan yg sehat x lah jd macam ni.. lihat ajer kat indonesia... x naik pun yuran aora TV ( stesen tv satelit yg siarkan EPL)... asteruk pun dah gagal jd pesaing yg sehat kat indonesia sebab x kompetatif dan efisen.. siaran terganggu dek hujan... kesian asteru kat indonesia... kalo korang nk buat asteruk malaysia mcm indonesia.. ramai2 kita tukar kerajaan.. x pun desak kerajaan mansuhkan perjanjian yg x menguntungkan dan menyeksakan rakyat tuh.... desak rais yatim.. menteri yg veteran.. x kan x tahu lagi perasaan rakyat?? dah lama jd wakil rakyat x kan bengap atau saja buat2 bodoh.. demi kepentingan kroni??
Astro memang tak patut aku baru jer langgan Astro.
Rm12.00 banyak tu dah lah aku langgan pakej Movie + Mustika.
family+2mini+SUKan
Aku malas nak fikir panjang... sebab COMFIRM aku kena bayar lebih..sebab aku dah bajet untuk bayar semua bil {Bawah RM200.00 setiap bulan} tapi bila ada bayaran tambahan nie mesti lebih. OH TAK NAK , pada hari berita keluar {Dalam Akhbar Kosmo} aku Unsubcribe pakej sport.Aku tak mahu bayar sesen pun untuk harga tambahan .
Sekarang nie aku juga dah Unsubscribe Movie, yang tinggal Mustika.RM62.90 ...kalau tidak sebelum nie aku kena bayar RM118.90
118.90 - 62.90 = 56.00
118.90 Family+2mini+sport,
MOVIE dan MUSTIKA
- 62.90 tinggal family+2mini dan
MUSTIKA SAHAJA.
56.00 AKU JIMAT TANPA SUKAN
dan MOVIE.
http://anakjati2009.blogspot.com/
Post a Comment