Rakan WARTAMAYA

Monday, June 15, 2009

Zaid kecam Adnan Yaakob


[...] Zaid mencadang agar kerajaan menghentikan spekulasi dengan cara menghapuskan Akta Rahsia Rasmi atau mendisklifikasikan dokumen bersangkutan dengan kontrak kerajaan dan peruntukan saham kepada menteri menteri, bekas bekas menteri, menteri besar dan pemimpin UMNO serta kaum keluarga mereka.

"Hanya melalui itu sahaja rakyat akan tahu siapa yang kaya atau miskin, dan dari mana datangnya kekayaan mereka," menurut bekas menteri undang undang itu melalui blog nya hari ini. "Saya harap pemimpin UMNO, terutama mereka yang selalu membuat tuduhan melulu kepada saya setuju dengan cadangan ini."

Tambahnya lagi, cadangan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menteri menteri mengiystiharkan harta dan pendapatan mereka telah terbantut akibat di bantah oleh Pemimpin Senior UMNO.

Adnan Yaakob yang sebelum ini menuduh Zaid sebagai musang berbulu ayam, dan jawapan Zaid didalam tuduhan itu, menjelaskan, "sesiapa di dalam UMNO yang mahu kan perubahan bagi menghentikan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menamatkan undang undang ISA dianggap musuh di dalam UMNO."

selanjutnya .. sini
diterjemahkan oleh ISTA
Share/Bookmark

2 comments:

Walinong Sari June 15, 2009 at 4:51 PM  

Siaran Langsung dari Studio Mini Parlimen ?? Ketulusan ??
Sikap kerajaan yang ingin menunjukkan ketulusannya menguruskan Kerajaan harus diberi kepujian. Siaran ini diperuntukkan selama satu jam. Kalau tidak silap saya ianya berbayar. Kemusykilannya kenapa disebokan dan diselit dengan temuramah dengan Ahli Parlimen sehinggga persidangan yang sedang berjalan tidak ditumpukkan. Rakyat ingin melihat / mendengar perdebatan berjalan secara langsung. Kalau hendak buat temuramah buatlah masa yang lain. Apa pandangan tuan-tuan keatas ketulusan siaran ini. Contohnya sidang yang berjalan sekarang 15/06/09 semasa Speaker sedang menegur Ipoh Timur bersabit tata cara persidangan, TV menoleh dan tidak menyiarkan peristiwa tersebut seolah-olah melindungi perisiwa itu, Orang ramai ingin juga mendengar teguran spekear tersebut, kenapa berlaku sedemkian ? Itulah ketulusan yang kerajaan cuba di tonjolkan.
zai.5812@yahoo.com
walinongsari@blogspot.com

Walinong Sari June 15, 2009 at 5:37 PM  

Kalau pemimpin UMNO betul-betul ikhlas untuk memimpin negara, kenapa persaolan ini, yaitu dedahkan harta menteri-menteri dan sebagainya untuk rakyat. Ini yang rakyat mahu. Semua berlumba lumba untuk menjadi ketua UMNO. Lihat di PKFZ dan MRRII siapa yang telibat. Jangan bagi jawapan ' innocent untill proven guilty 'Akhirnya tiada cukup bukti. Hidup Melayu

Blog list