Rakan WARTAMAYA

Monday, June 8, 2009

'Pas leader wanted a Perak govt with Umno'


SHAH ALAM: A Pas national leader tried to convince the party to form a state government in Perak with Umno, days after the March 8 general election last year.

Perak Pas commissioner Ahmad Awang said the national leader contacted him a few days after the party had agreed to form the state government with DAP and Parti Keadilan Rakyat.

"The leader called me and asked whether Pas could reconsider its decision and instead, form a coalition government with Umno," he said in his winding-up speech at the 55th muktamar yesterday. - lagi di NST
Share/Bookmark

2 comments:

tok iskandar June 8, 2009 at 2:44 PM  

Pesuruhjaya PAS,Ustaz Ahmad Awang dalam temuramah yang disiarkan dalam NST Online berkata,ada pemimpin PAS yang melobi agar PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU yang lepas.Bila ditanya,beliau enggan menjelaskan identiti individu yang terbabit.
Memang haru sampai penyokong-penyokong PAS di peringkat akar umbipun keliru.Ketua Dewan Ulama,Ustaz Harun Taib ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan juga keliru.

Setahu tok,dalam hirarki kepimpinan PAS,Mursyidul Am,TG Nik Aziz adalah tempat rujukan semua ahli PAS dan segala keputusannya tidak boleh dibantah sesiapapun hatta Presiden PAS sendiri.Persoalannya,agenda kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam muktamar PAS.Ada ahli PAS menganggapnya sebagai gimik politik sahaja.Ada ahli PAS yang bingung kerana majlis syura sudah bersetuju untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.Bantahan keras TG Nik Aziz yang mengatakan kerajaan perpaduan itu mengarut dalam ucapannya di Stadium Melawati pada Sabtu lepas dikatakan pandangan peribadinya amatlah menyedihkan.Sekarang siapa tak hormat kepada ulama dan mereka yang lebih tua daripadanya.

Paling menghairankan kenapa ucapan TG Nik Aziz ini tidak disiarkan oleh laman web harakahdaily.Beliau adalah seorang tokoh pemimpin PAS dan bukannya pemimpin UMNO.Siapa pula di belakang tabir harakahdaily yang begitu berani untuk tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO sendiri turut keliru dengan agenda kerajaan perpaduan.Menurut sumber dalam UMNO sendiri,kerajaan perpaduan ini melibatkan Pak Lah dan proksinya kerana mereka meragui kredibiliti Najib memerintah negara.Jika berlaku,mungkin rundingan ini di antara PAS dengan Pak Lah yang masih mempunyai pengaruh di kalangang pengikutnya di parlimen.

Pada pandangan peribadi tok,eloklah TG Haji Hadi menyatakan dulu perancangannya kepada TG Nik Aziz kerana ahli-ahli PAS melihat tindakannya membelakangkan TG Nik Aziz adalah kurang wajar.Sebelum menerangkan kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat,eloklah bersemuka dengan TG Nik Aziz.
Jangan kita lupa persediaan di Manik Urai dan sebarang keputusan PAS mengenai kerajaan perpaduan akan menjauhkan parti itu dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.Tidak mustahil ketika itu PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu.

Tok seperti majoriti ahli PAS yang lain akan berdiri teguh bersama-sama TG Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang mengarut ini.Kami tidak bersalah kerana kami sekadar mengikut pendirian pimpinan tertinggi kami.

tok iskandar June 8, 2009 at 4:12 PM  

Kecewa benar tok dengan kenyataan ustaz nasha yang mengatakan pandangan TG Nik Aziz yang menentang kerajaan perpaduan sebagai pandangan peribadinya.
Dengan kedudukan ustaz nasha sebagai Timbalan Presiden PAS,sepatutnya kata-kata yang dikeluarkan lebih halus dan lembut.

TG Nik Aziz seorang yang berfikiran terbuka.Jika beliau sanggup berlapang dada menerima Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim,mengapa tidak dijelaskan kepada beliau isu kerajaan perpaduan ini.Sudahlah usul ini tidak dibincangkan dalam muktamar baru-baru ini dan majlis syura sendiri telah memutuskan untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.
Mengapa pula ketika ini hendak di belakangkan keputusan majlis syura dan melangkaui Mursyidul Am PAS.
Ahli-ahli PAS semakin keliru.Tok harap Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dapat mendedahkan siapakah dalang yang mencadangkan PAS dan UMNO membentuk kerajaan campuran selepas PRU12 yang lepas.
Dalang inilah yang akan merosakkan parti dari dalam.
Elok pemimpin sebegini isi borang UMNO kalau dah ketagih nak join UMNO.
Ahli PAS bukan tak suka pada UMNO tanpa sebab.Banya fakta dan sebab musababnya.Isu Memali,penarikan royalti minyak,sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kerajaan pusat BN kepada kerajaan PAS di Kelantan,rampasan kuasa UMNO di Perak dan suatu ketika dulu di Kelantan dan Terengganu sehingga tumbangnya kerajaan negeri PAS.Banyak lagi kalau nak tulis kat sini.
Pendekata,ingatlah pesan TG Nik Aziz,UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah Inggeris yang menetas satu persatu dan ianya perlu dihapuskan.

Blog list