Rakan WARTAMAYA

Sunday, June 7, 2009

Muslimat PAS tolak kerjasama dengan Umno

SHAH ALAM: Dewan Muslimat Pas Pusat, menolak sebarang kerjasama antara parti itu dengan Umno serta gagasan kerajaan perpaduan yang dibawa presidennya.

Timbalan Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata perkara itu perlu dikaji secara mendalam supaya pimpinan Pas tidak dilihat sebagai menghantar mesej yang salah kepada rakyat.

"Pas boleh bergerak sendiri tanpa perlu berharap dan menjadi tunggangan kepada Umno," katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati, di sini, hari ini. - Bharian
Share/Bookmark

1 comments:

tok iskandar June 7, 2009 at 3:27 PM  

Tentang kerajaan perpaduan ni tok tak risaupun pasal semalam TG Nik Aziz dah kata kerajaan perpaduan ni mengarut je.UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah yang menetas satu demi satu.telur-telur ini perlu dihapuskan.PAS Kelantan sudah masak dengan samseng politik macam UMNO.Ini pemahaman tok tentang apa yang TG Nik Aziz cakap semalam di muktamar PAS.Rampasan kuasa di Perak juga diulas oleh TG Nik Aziz.

Jadi jika benar nanti ada pemimpin PAS yang giat berusaha membawa PAS ke dalam kerajaan perpaduan dengan UMNO,mereka bakal mendapat tentangan hebat ahli-ahli PAS sendiri.Nasib mereka akan berkesudahan seperti Allahyarham Datuk Asri Muda yang membewa PAS menyertai kerajaan campuran BN setelah mendapat tawaran UMNO.Untuk perpaduan kononnya,helah lapuk UMNO tahun 1969.Akhirnya,Arwah mantan presiden PAS itu keluar PAS.
Itu telah menjadi sejarah dan jika ada lagi pemimpin yang bermimpi seperti itu,ahli-ahli PAS akan berdiri teguh di belakang TG Nik Aziz..insyaAllah.TG Nik Aziz semalam sempat menceritakan kepada para hadirin tentang kejahatan menteri UMNO yang melarang kakitangannya bekerjasama dengan kerajaan negeri di Kelantan.
Itulah UMNO,Dulu,kini dan mungkin selamanya akan melayan bangsanya sendiri dengan kejam dan teruk hanya kerana perbezaan politik.

Blog list