Michael Jackson: Transkrip panggilan kecemasan
PEMANGGIL: "Kami ada pemuda disini perlukan bantuan dan dia tidak bernafas. Dia tidak bernafas dan kami sedang cuba untuk memulihkan pernafasan, tapi dia tidak ...."
OPERATOR: "OK. Berapa umurnya?"
PEMANGGIL: "Dia 50 tahun, encik."
OPERATOR: "Dia tidak sedar, dia tidak bernafas?"
PEMANGGIL: "Dia tidak bernafas."
OPERATOR: "Dan dia tidak sedar?"
PEMANGGIL: "Tidak sedar, encik."
OPERATOR: "OK. Baik. Adakah dia di lantai, dimana dia sekarang?
PEMANGGIL: "Dia di atas katil, encik."
OPERATOR: "Letak dia di lantai"
PEMANGGIL : "OK."
OPERATOR: "Letak dia dilantai sekarang. Saya akan bantu bantuan CPR. Kami dalam perjalan. Kami akan bantu melalui talipon. Ada sesiapa nampak dia?
PEMANGGIL: "Ya, kami ada doktor peribadinya encik."
OPERATOR: "Dan anda ada doktor bersama?"
PEMANGGIL: "Ya, tapi dia tidak memberikan tindakbalas. Dia tidak bertindakbalas pada CPR atau apa apa pun."
OPERATOR: "Oh, OK. Kami dalam perjalanan kesana. Jika anda melakukan bantuan CPR seperti yang disuruh oleh doktor, anda lebih hebat dari kami. Ada sesiapa menyaksikan apa yang berlaku?
PEMANGGIL: "Tidak, cuma doktor saja. Hanya doktor yang berada di sini."
OPERATOR: "Jadi .. doktor ada di sana? Doktor, anda melihat apa yang berlaku .. encik?
PEMANGGIL: "Tolong --"
OPERATOR: "Kami dalam perjalanan. Saya hanya bertanya soalan dan paramedik di dalam perjalanan ke sana."
PEMANGGIL: "Dia menekan dada tetapi tiada tindak balas, encik ... tolong."
OPERATOR: "Kami dalam perjalanan. Kami di dalam jarak 1 kilometer dari sana. Sekejap lagi sampai."
PEMANGGIL: "Terima kaseh encik."
Rujuk di sini.
diterjemah oleh ISTA
2 comments:
Salam Wak.
Maknanya semasa panggilan itu dibuat dia sudah meninggal.
its also possible that the doctor might killed him? hurm. weird huh.
Post a Comment