Jangan jalin hubungan dengan UMNO - Wan Rahim
[...]Beliau turut berharap pimpinan yang baru dipilih dapat menggembeling tenaga bagi menghadapi Umno di Manek Urai yang mempunyai 99.9 peratus pengundi Melayu.
Dalam sesi perbahasan ucap dasar itu, beliau mencadangkan supaya pimpinan memberikan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) sebanyak RM1 juta.
"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno," tegasnya. - harakahdaily
![]()
2 comments:
Ini langsung tidak mencerminkan perjuangan islam malah menyerupai yahudi.Agama mana yang menyuruh umat berlawan?Nasib orang Palestin menjawab soalan ini.PAS;Parti Ajaran Sesat.
masih tak paham apa sgt kepentingan hadi awang ngan nasarudin ni nak sgt menyelamatkan umno tu? ia seperti disaat saat kita sudah hampir meraih kemenangan tiba tiba kita menyerahkan bendera putih? mengalah tiba tiba? apa kata mereka berdua keluar saja dari pas dan duduk saja dalam UMNO tu sambil merayu pada masyarakat memulihkan UMNO dan menyokong UMNO bagi menyelamatkan melayunya mereka itu, tu kan lagi mudah... apa menyelamatkan MELAYU itu sangat penting dalam ISLAM, berbanding menyelamatkan Masyarakat secara keseluruhanya? ini bukan persoalan antara memilih antara Ulamak atau profesional, keduanya amat penting untuk pAS TAPI YG MEMBEZAKANYA adalah ditengah tengahnya ada satu laungan KERAJAAN PERPADUAAN yang ada iras iras bunyinya one nation he he. Aku masih tak paham kepentinganya!! masih tak paham...nak telan penadol jap
Post a Comment