Diskusi : Apa langkah PAS lepas ni?
Kita sudah tahu bahawa PAS di dalam pengiraan undi memlih kepimpinannya Parti baru baru ini, menggunakan kaedah, zaman Jepun. Di dalam proses yang tiada saksi, tiada wakil calun dan tiada ketelusan. Malah proses pengiraan dan pengumuman pemenang hanya di buat pada tempoh lebih 12 jam untuk mengira kira kira 1,000 undi perwakilan. Selepas ini bagaimana agaknya PAS akan berdepan dengan ketidak telusan di dalam pilihanraya yang di selenggara oleh SPR?
Atau ... "Hello paku ... kau serpih la bro", kata dulang.
Apa pandangan anda yang budiman?
15 comments:
Selama ni pas dok tuduh spr tu macam2.Rupa2nya diri sendiri lebih terok lagi.
mintak mustaffa ali dan nasarudin letak jawatan dengan segera.
Perlu ubah segera kaedah pemilihan pimpinan tertinggi dalam PAS.Zaman dah berubah,gerak kerja dan segala-galanya mestilah up to date dan sistematik.
Tok amati idea kerajaan perpaduan ini dah tamat isunya.tak perlu kita ulaskan kerana sedar tak sedar BN yang sedang hadapi krisis keyakinan ketika ini.
UMNO dengan krisis dalamannya di Terengganu dan Perlis.Khabarnya 2 pemimpin kanan dari Terengganu telah ditangkap baru-baru ini oleh SPRM Selangor kerana rasuah.Ada risikan mengatakan mereka ini team Ahmad Said.Tempohari kem Derih Jusoh kena balun ekoran isu bumbung stadium sultan Mizan runtuh.Pergolakan menanti belah UMNo Terengganu eloklah dimanipulasikan oleh blogers semua di sini.Penyertaan beramai-ramai ahli UMNO ke dalam PKR di Perlis menambahkan lagi perit luka UMNO.
MCA pula parah dilanda skandal PKFZ.dalam soal selidik blog seorang pemimpin kanan MCA,lebih 70% ahlinya desak MCA keluar BN.Khabarnya seorang ADUN Selangor,Abdul rahman Palil turut terseret dalam skandal ini.Pakatan rakyat kena korek dalam-dalam isu ini.
PPP pulak Kayveas dan Murugiah tengah bergelut dan berebut nak jadi ketua.semalam dalam paper,isteri Kayveas telah dilantik jadi duta ke Papua New Guinea.Kayveas kena ikutlah bini.Nampak sangat Najib sebelah Murugiah selama ini dan cara inilah yang terbaik untuk buat Kayveas pencen sebagai Presiden PPP.Apa pulak tindakan Kayveas.tak bengang ke dia kena tipu di Najib?
MIC termengah-mengah menjawab isu skandal MAIKA HOLDINGS.Siapa yang tembak samy vellu kali ni?
berhentilah kita berperang sesama sendiri seketika kerana musuh kita adalah BN.buatlah gencatan senjata.ok.janganlah pulak salah tembak.tok dapat info terkini,beberapa ADUN PR di selangor nak melompat.blogers semua tolong siasat.ada kemungkinan operasi tawan selangor telah bermula.Najib bimbang jika lewat rundingan air akan berjaya diselesaikan dengan baik oleh kerajaan PR di Selangor dan pengurusan air selangor akan diuruskan oleh kerajaan negeri PR.Tak boleh buat duit brothers.Marilah kita sama-sama pertahankan kerajaan PR di Selangor daripada dirampas oleh Najib dan gerombolannya
hai manusia..sememangnya hipokrik..pegi beli cermin besar cerminlah diri dulu,pastu tanya hati..kalau anda orang yang beriman...adakah anda hipokrik?
cakap berbelit-belit ni apaehal..ustaz?
PAS rupa-rupanya belum PAS lagi...
elok tukar je nama parti tu kepada GAGAL jelah... takpun PISSSSSS...
Kencing....
Setahu Yong, Pemimpin Jepun bila dilanda kontroversi atau banyak kritikan atau dimalukan terus letak jawatan. Kalau zaman dulu deme kena harakiri atau seppuku.
Yong....Tak yah jepun..pemimpin kat amerika pun bila tertangkap menipu terus letak jawatan..ingat isu "Watergate"
Betul la....baru aku tau...bertapa mundur cara kira pengundian PAS...seribu pilih kira berjam-jam...lepas tu ada hati kritik SPR.
oleh: tali-nga
BN dah tahu bahawa sistem pemilihan dalam PAS tidak betul. Dan puak puak yang pro pada UMNO gunakan sistem tak betul tu untuk rosakkan Parti.
Tanya Hadi kenapa Terengganu jatuh kepada BN semula. Mungkin ke ada permainan wang di belakang sana?
PAS terengganu dah jemu berjuang. Tak kaya kaya. Kerana itu lah maka pendekatan yang paling lumayan menerusi persepakatan dengan UMNO.
Sekarang mereka mahu jatuhkan TGNA dan orang orangnya. Awas !
Kenyataan terbaru dari Pahang ..
Kejayaan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Naib Presiden PAS Pusat turut mendapat reaksi daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato� Seri Adnan Yaakub. , dari harakah.
Adakah ini satu contoh serangan kepada puak satu lagi, supaya geng Pro UMNO mengukuhkan kuku di dalam PAS?
selalunya musuh kita akan ambil kesempatan atas kelemahan kita untuk memusnahkan kita.expext no mercy.bukan senang nak perjuangkan PR dapat memerintah dan takkan senang macam tu je nak bagi semula kat umno.
tentang hasan ali…tok tak nak ulas.tapi tok dengar citer lepas kes Anwar dibicarakan,ada spekulasi mengatakan Anwar akan dipenjarakan semula.makan tahun.kalau makan tahun apakah PRK di Permatang Pauh akan diadakan?Kali ni UMNO nak masuk or tak bukanlah persoalannya.Jika Anwar dipenjarakan,lebih mudah kerja Najib yang kini Ketua Perhubungan UMNo Selangor untuk jatuhkan kerajaan PR di Selangor.Sasaran ditujukan ke arah PKR kerana mereka tiada ketua.Ada dah khabar angin mereka cuba pujuk beberapa adun PR lompat parti seperti adun pelabuhan kelang,adun yang baru keluar ISA dan beberapa adun lagi.
Bukannya masa untuk kita berputus asa.UMNO dah tak relevan dan kita tak mahu balik ke zaman silam dengan retorik pemimpin umno menipu kita
Operasi tawan Selangor yang dikepalai Najib dan gerombolannya sudah bermula.Hari ini 1 Malaysia berkata,rundingan air tertangguh kerana kerajaan negeri Selangor kemukakan harga yang tak munasabah kepada kerajaan persekutuan untuk ambil alih pengurusan air negeri.
inilah putarbelit 1 malaysian.setahu tok dan rakyat selangor,syarikat konsesi air yang kemukakan tawaran tak munasabah dengan keuntungan lebih 300% kepada kerajaan negeri Selangor jika hendak mengambilalih pengurusan air negeri.syarikat judipun tak boleh dapat untung banyak macam tu.
sebenarnya yang tamak ialah kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi air.jika pengurusan air negeri selangor berjaya diambilalih,harga air di lembah kelang akan dinaikkan sehingga 30%.jangan haraplah time tu nak dapat air free.kena bayar lebih adalah.
sekarang kerajaan pusat BN tak boleh tipu rakyat sewenang-wenang dengan menaikkan harga minyak dan tol sesuka hati.terpaksalah najib beralih kepada air yang tidak disedari ramai boleh mengembungkan kocek tokey-tokey konsesi air.kerajaan dah nampak dan sedar perkara ni.eloklah rakyat selangor buat demo besar-besaran bantah pengambilalihan air ni macam demo BERSIH atau PPSMI.
Khabarnya,kem najib melalui ezam and the gang dah mula memujuk adun-adun PKR melompat parti.sebaik sahaja anwar didapati bersalah dan dipenjarakan,huru-hara akan berlaku dalam PR dan PKR.Siapa pula pemimpin PR waktu itu?inilah yang ditunggu-tunggu oleh najib yang juga ketua perhubungan umno selangor.
Kita siap2 je le. Jika ape2 berlaku pada DSAI, masih ade TGNA untuk jadi ketua PR. Bersama2nya ramai lagi yang hebat2 berbanding Zahid Hamidi dan kuncu2nya. Opps! ape pasei terkeluar nama Zahid Hamidi nih?
Diskusi : Apa langkah PAS lepas ni?.
KITA SOKONG TUAN GURU NIK AZIZ MENEGAKKAN YANG HAK. MENOLAK YANG BATIL.
Salam bahagia...
Bagi teman walaupun PAS guna cara jepun ke.. tapi mereka tetap AManah dan undi dipercayai. tiada siapa membantah. Kalau umno pun guna cara canggih skalipun kalau tak amanah kite tak percaya 100%.. PAs masih dipercayai lebih baik dari BN. Mana yg penting amanah ko atau canggih ko? w/alam
Anon 5.47,
Kerana perangai seperti itu lah maka mudah di permainkan.
Post a Comment