Rakan WARTAMAYA

Tuesday, May 19, 2009

Tak perlu belajar tinggi untuk bijak menilai

Keluar rumah, jalan sudah sesak. Nak sampai ke sekolah anak, yang tidak sampai 2 kilometer, perlu beratur panjang. Kiri sesak, kanan pun sesak. Hah ... Kalau dulu tidak seperti ini. Jumlah kenderaan sudah banyak, kawasan perumahan baru pun dah macam, cendawan tumbuh. Keluasan jalan masih seperti zaman dulu. Siapa yang salah.

Nak ku lepaskan anak ke sekolah sendiri seperti waktu aku kecil dulu? Tak berani.

Kerana .... Pengguna lalu lintas seperti hilang akal membawa kenderaan. Muka bengis, wajah masam kerana masing masing dengan masalah yang tidak pernah selesai. Kemurungan, kemarahan akibat hidup yang tidak pernah senang. Masing masing fikir bagaimana untuk bayar itu dan ini. Masalah rumah tangga, anak, isteri dua, rumah bocor, kilang mahu tutup, gaji tidak naik, bil talipon. letrik semua tertunggak dan macam macam lagi.

Satu gerombolan berbangga pula masih tidak habis habis dengan pemerintahan yang melepasi 50 tahun. Lagi lama memerintah, lagi hebat. Tu katanya ... tapi lagi lama, bukti .. lagi ramai yang masih bodoh. Tak tau nak berubah. Mata di tutup dengan pembangunan ceracak besi, bangunan batu. Kalau tak der gerombolan, tiada semua ini?

Tapi realiti .... manusia semakin mundur, semakin hilang akal dan semakin tertekan.

Hah .. Tak perlu belajar tinggi untuk bijak menilai. Perlu berubah atau di ubah. Cukup cukup la. Negara di penghulu orang politik, pikir tengkuk sendiri, adik beranik, anak beranak. Harta tidak pernah cukup. Maka ini la jadinya.

"Phoooonnnnnnn !!!" Tersentah .. ! Orang belakang menekan hon untuk aku lajukan kenderaan. Waduh bengis nya muka.

Terpikir untuk duduk saja di kampung. Rasa keindahan dulu. Di awal pagi, kabus menyelubungi, dengan kesejukan lubang hidung dan bola roma di basahi embun. Ketenangan, anak anak berjalan kali dan menaiki basikal ...

Ahhhh ... masih ada kah lagi?
Share/Bookmark

6 comments:

Anonymous,  May 19, 2009 at 7:20 AM  

Saya pun teringat kampung wak

amanbanjar May 19, 2009 at 8:07 AM  

assalamualaikum...wak..itulah kemajuan namanya...tiada kemajuan tanpa umno dan barisan....ishishish....oppss...silaplah pulak....tak syoklah asyik citer pasal politik ajer....kampung...memang satu tempat yang aman selesa dan damai...lebih2 lagi diwaktu selepas subuh dan nak masuk maghrib....syahdunya....dulu kesopanan adalah jadi sikap semua orang sekarang entahlah...mana tah ilangnya....ishishish...oklah beb...ketemu kembali lain masa...lain komen...wasalam.

Anonymous,  May 19, 2009 at 8:12 AM  

Umno dan Zambry telah gagal memesongkan bangsa melayu untuk menyokong kenyataan bahawa DS Nizar telah menderhaka. Isu itu telah di gunakan untuk menenggelamkan tajuk cerita, rampasan kuasa. Namun ianya gagal kerana sebarang perhimpunan yang dibuat oleh UMNO, gagal membawa rakyat bersama.

“Daulat Tuanku” dan “Nizar Derhaka” pepatah perkataan yang digunakan untuk gerombolan ini agar tertanam di minda kepada hotak rakyat Perak. Tapi yang jelas, sampai sekarang, “Rampasa Kuasa” Dan “Zambry MB Haram” lebih mesra digunakan. Sehinggakan kemana sahaja beliau pergi, tiada sambutan diberi. Untuk itu, Zambry diserap kedalam PEKIDA untuk mendapatkan bantuan hadir ketika apa jua majlis akan di adakan.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi telah menjelaskan kenapa tindakan beliau untuk memberikan keputusan bahawa DS Nizar adalah Menteri Besar sebenar. Dengan akta dan rujukan, jelas menunjukkan bahawa Perak sekarang berMBkan MB haram yang tidak pernah di setujui oleh Rakyat Perak secara majority. Dengan kenyataan tersebut, maka MB di Perak adalah MB haram, Speaker haram dan EXCO pun haram.

Kita berharap selepas ini, DS Nizar akan bertemu dengan Sultan Perak dan kemudiannya bersetuju untuk membubarkan DUN Perak.

Apa lagi yang akan di gunakan oleh kerajaan Haram perak untuk terus berangan yang dia tu masih berkuasa.

~ karto

beruas,  May 19, 2009 at 8:47 AM  

yeye... aku pun mcm tu.. meh duk kampung.. duk bandar mcm hulur kan tengkuk ke mata pedang. menanti untuk dipancung jer... huhuhuh....

Anonymous,  May 19, 2009 at 10:09 AM  

kampung aku pun dah jadi macam pekan huhhuhuh

Anonymous,  May 19, 2009 at 2:13 PM  

ade telingo bute..ade mate pekak..ooppss..tebalik lak maklumlah dah belajau ppsmi ni baso ibundo pun serupo ppsmi gak..semua dah dilacorkan ubn kalau bab kg ni dulu2 memang jadi kenangan manih tapi la ni banyak kurangnye kene lak kubok ubn lagi hampehh....eakakaka....

Blog list