Rakan WARTAMAYA

Friday, May 22, 2009

PRK Manik Urai ... apa muslihat Tuhan?

Kalau PRK di Penanti .. itu muslihat Anwar. Lantas BN tak letok calun ... Haiii .. lantok la deme.

Hah kali ni ... PRK di Manik Urai .. apa muslihat Allah swt? Teringin beno teman nak dengo komen BN.

Memandangkan negara pun masih tidak stabil ekonomi dan banyak masalah, elok beno la kalau BN tak hantor calunnya.

Sebenornya, tidak letak calun di Penanti adalah satu kesilapan BN. Tapi di sebabkan ramai sangat lah yang bijak pandai UMNO tu, maka sekiranya berlaku di tempat lain, apa plak alasan BN gamoknnye?

Kalau wak jadi PM, dah pasti wak akan letakkan calun juga kat Penanti. Dari kekalahan, wak akan jadikan kemenangan. Bukan dalam bentuk undi, tapi dalam bentuk moral dan nama baik parti yang dah rosak tu.

Bior le kita tahu yang Penanti tu kawasan PKR, tapi meletakkan calun di sana menunjukkan bahawa UBN parti yang tidak kesah dengan persepsi orang ramai dan dalam waktu yang sama mengikut sistem demokrasi yang sebenor. Kalah menang tu lantok le. Itu hak rakyat.

Tapi wak akan bagi tau kepada penyokong UBN, agar jangan hantar orang ramai sangat. Bajet di kurangkan. Satu cawangan hantar 3 oghang cukup dah. Jangan membazir. Dalam masa yang sama, wak akan suruh Polis tidak membelanjakan wang banyak untuk bina khemah putih macam kat Padang Arafah. Berlakun la sikit.

Kempen pun ala kadar, sebab dah tau takkan menang. Ngaku lemah, tapi demi semangat demokrasi .. UBN patut tanding.

Bila berlaku perkara yang sama di tempat lain .. tak der la malu sangat.Tak hantar calun di Penanti, tapi hantar calun kat Manik Urai ..
Takkan nak bagi tau, "kita hantar calun kat Manik Urai kerana keadaan negara stabil"?

Hisshhh .. ngarut betui !
Share/Bookmark

4 comments:

AyahChor,  May 22, 2009 at 11:43 AM  

Luar gelanggang dah ngaku kalah...
UBN kalau kalau bior klah bertarung...tu baru jantang.

Anonymous,  May 22, 2009 at 12:42 PM  

Kalau PRK di Penanti .. itu muslihat Anwar. kEPALA bAPAK hANg!!!

Hisshhh .. ngarut betui !

Anonymous,  May 22, 2009 at 12:43 PM  

PRK Manik Urai ... apa muslihat Tuhan? jangan AMBIK TuHAN sebagai MUSLIHAT !!!!!! TITTLE Hang dah melampau!!!!!!

Anonymous,  May 22, 2009 at 1:10 PM  

Mungkin muslihat Tuhan untuk tunjukkan betapa manusia ni rosak akibat politik dunia.

Blog list