Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
[...] "Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.
"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.
Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.
"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.
Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini. - harakah
0 comments:
Post a Comment