Rakan WARTAMAYA

Thursday, May 21, 2009

Perak: Keputusan rayuan .. ESOK !

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini.

Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.

Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.

Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. - mkini

Tak lah .. sehebat Zambry .. Hari ni rayu, hari ni keputusan, hari ni rampas SUK .. semuanya boleh buat dalam sehari. Cuma mungkin lupa nak gi tandas hari yang sama.
Share/Bookmark

6 comments:

smartmedic May 21, 2009 at 1:43 PM  

Ya Allah,

Engkau berilah kemenangan kepada Pakatan Rakyat!

Bukalah pintu hati hakim-hakim untuk mengadili dengan seadil-adilnya.

Amin...

Anonymous,  May 21, 2009 at 1:45 PM  

Bagaimana seorang peguam negara boleh mewakili seseorang yang bukan kerajaan.Memang betullah kes bolen.

Anonymous,  May 21, 2009 at 1:53 PM  

bukan malaysia boleh, tapi malaysia gila

Hamid May 21, 2009 at 1:58 PM  

bukan la....

malaysia boleh gila....

wakakakakaka...!!

Kedahan May 21, 2009 at 1:59 PM  

Berserahlah sepenuhnya kepada Allah.Kita tak punyai cukup ilmu sekadangnya untuk mentaksirkan sesuatu kejadian.Mohonlah keampunan darinya semuga kita selamat.

mangchikla May 21, 2009 at 2:06 PM  

"Tak lah .. sehebat Zambry .. Hari ni rayu, hari ni keputusan, hari ni rampas SUK .. semuanya boleh buat dalam sehari. Cuma mungkin lupa nak gi tandas hari yang sama."

Xyah gi tandas , die cicir masa berjalan

Blog list