Rakan WARTAMAYA

Friday, May 8, 2009

Mari mari mari .... rakyat untuk di jual !

Realiti nya tidak semua YB itu sempurna. Baik PAS, PKR dan DAP. BN usah cerita la.

Ramai juga YB dalam PR sendiri pun yang tak boleh pakai. Contoh sudah ada. Kemenangan pada PRU12 dulu memang mengejutkan mereka. Ada yang berkata, “Aikkk … Tunggul ni boleh menang?”.

Yang betul tetap betul, salah tetap salah. Kita tak pilih kasih dalam urusan ini. Yang betul kita puji .. walaupun di dalam BN. Yang salah, kita kritik walaupun dalam PR.

Sedang kita cuba pantau kelemahan kelemahan pemimpin PR, sekali lagi mereka telah di selamatkan dengan insiden terbaru di Perak. Sikap buta undang undang dan perlembagaan, maka masing masing dengan alasan masing masing. Semalam, kita saksikan bagaimana bodohnya wakil rakyat pada perlembagaan yang di cipta sendiri. Kalau aku ni tak belajar undang-undang dan tak betul memberikan pendapat, harap maaf. Tapi professor, pensyarah dan ahli ahli bijak pandai pun dok bertegang leher.

Ada yang tak kena ! …

Tapi apa yang tak kena? Semua dah kacau bilau, semua dah keliru.

Susah sangat kah untuk pulang kan kuasa kepada rakyat?
Memang susah ....... sebab rakyat tidak mampu di beli. Kalau RM1 juta boleh beli katak, dengan RM1 juta .. tak boleh beli rakyat beb. Rakyat untuk di jual ... Tak der sapa nak beli.

Tu pasal ada yang pilih mahkamah. wakakakak…. !
Hellloooo …. Boss RM 1 juta ok ka?

Bantai la situ … pandai buat pandai tanggung. Jangan masuk kampong, selipar kena kat dahi dan batang hidung. Malu dapat, sakit pun dapat.

Wakakak … !!! Lepas ni kita pantau YB YB .,. jangan lari focus !
Share/Bookmark

18 comments:

mangchikla May 8, 2009 at 2:07 PM  

rakyat toksey beli bae,sebab ayoh zit dok kecek sokmo 'buwi kain paka, buwi gula kuca..." pahni , pru13 kita tarakuca, kuca .. yo mambo same itu UBN... mukakakakakakak.... takpe takpe.. ade ubi ade batas, lain kali kita balas, tak lame pon pru 13...

Unknown May 8, 2009 at 6:21 PM  

Rakyat yang bahlol memang tidak sedar yang dirinya dilelong.

Hal semalam takyah cerita. Malu!

tok iskandar May 8, 2009 at 7:12 PM  

Rupa-rupanya One Malaysian ni boleh usir speaker dari rumahnya sendiri.Lepas ni Speaker Pulau Pinang,Kedah,Kelantan dan Selangor kena berjaga-jaga kalau tak mahu kene heret polis.

Letakkan papan tanda besar-besar luar dewan "polis dilarang masuk".Lepas tu ketatkan keselamatan dewan agar tak dicerobohi polis berpakaian preman.
pastikan juga su dewan bukan sama spesis dengan abdullah antong.

apapun modal politik kepada PR apabila kaum India melihat dengan penuh benci Sivakumar diheret dan diusir keluar dewan oleh polis sedangkan dia adalah speaker dun perak yang sah.

Hari tu kes Kugan tak settle lagi,tambah pulak HINDRAF..pening kepala najib.Tok yakin sivakumar akan diangkat sebagai hero oleh kaum India seiring dengan ketokohan pemimpin HINDRAF.

UMNO gigit jari lagi lepas ni.muka-muka polis tu semua dah masuk dalam you tube.mana nak sorok muka.

Budak Hingusan May 9, 2009 at 10:11 AM  

Bro, Aku tak paham la kuasa raja..ape peranan raja dalam negeri kita ni?nak ckp bela rakyat.rakyat mane yg dibela?aku pun pening ni.tapi yang pasti,no more DOA tuk raja...

Anonymous,  May 9, 2009 at 1:59 PM  

dgn bala tentera menceroboh..membunoh...merogol dlm negara orang...pas tu selamba je buat kenyataan akhbar kerana mempertahankan negaranya dari diceroboh....itu lah *ya..di is..il* sama je peristiwa dun perak...dah puas ceroboh n lacur....pas tu kenyataan semua tv ngoook n akhbar ngook kata pkr biadap....lu pikirrr la sndiriiiii

tok iskandar May 9, 2009 at 6:28 PM  

Menarik dalam the star online hari ni untuk dikongsi bersama.....

Saturday May 9, 2009
Bare naked on Johor isle
Compiled by SIM LEOI LEOI, BEH YUEN HUI and A.RAMAN


AN ISLAND off Mersing in Johor has become a hot spot after it was used as the location for a European reality show, which had its participants running stark naked.

Scenes from the Survivor Robinson Ekspeditionen programme, which had been broadcast over TV3 in Denmark, were published on an online newspaper ScandAsia.com.

A reader with family ties to Malaysia alerted Harian Metro about the programe.

In the scenes, both men and women were seen running along a sandy beach without a stitch on.

The Danish national who e-mailed the images to Metro said he was surprised that the Malaysian authorities had allowed the filming although the show was soft porn.

It is believed that this was the first time the programme had made 16 out of its 22 participants strip naked for the run while five others got to keep their underwear on.

It is also understood that a woman who refused to strip was kicked out of the show and sent home to Denmark.

An official at the Mersing District Council said it had only allowed the filming after telling the producers that they could not have naked scenes on the island as it might offend local residents.

“The filming was originally scheduled at Pulau Besar for this and next month before moving to other islands,” he said.

P/S:siapa lak beri kebenaran berbogel di Mersing ni.Hisham kena jawab ni..dulu umno heboh se malaya bila eli,adun lanjan dikatakan berbogel sedangkan perkara itu tidak benar....

tok iskandar May 9, 2009 at 6:37 PM  

Ramai yang bertanya sah ke Ganesan sebagai speaker pasal tak angkat sumpah pun depan Sultan atau Raja Muda Perak.
Ini lagi satu silap besarnya UMNO
sekarang Hee dan Ganesan atau zambri boleh dituduh penderhaka
paling best soalan orang ramai...semalam du perak bersidang ke masa Sivakumar diusir sedangkan Raja Muda Nazrin tiada di dewan ketika itu
pening lagi mahkamah dan dunia akan mentertawakan kita
najib paling besar menanggung malu

Anonymous,  May 10, 2009 at 12:21 PM  

Bingkisan dari Japan..(Terjemahan)
Walau sejuta alasan diberi,
Walau Adun bertukar ganti,
Dunia tetap telah mengetahui,
Dewan telah dicemari.

Zannen deshita. (Kesihan orang Malaysia).

tok iskandar May 10, 2009 at 2:05 PM  

Majlis makan PKR di Rawang dan DAP di Sitiawan telah diganggu polis.
Gangguan-gangguan ini dipercayai rentetan peristiwa kekecohan yang berlaku di Sidang Dun Perak pada 7 mei lepas.
Majlis makan PKR terpaksa ditukar tempat di saat akhir kerana tidak dibenarkan polis.Ada sumber mengatakan polis bimbang jika tayangan CD berkisar peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak ditayangkan kepada hadirin dan segala tembelang mereka akan terdedah.
Hal yang sama berlaku di majlis makan DAP yang dilaporkan baru sahaja krew video cuba menyiarkan apa yang berlaku pada 7 mei di sidang Dun Perak,terus sahaja polis mengarahkan dihentikan siaran itu.Untuk menambahkan kekecohan,FRU dikerahkan masuk dan mujurlah pemimpin dan penyokong PR bijak dan faham provokasi yang cuba dilakukan polis.
Kalau tidak,dengan kerusi dan meja makan kena angkut ke balai jadi bahan bukti.
Inilah bukti di mana mereka takut rakyat tahu kerakusan yang mereka lakukan di Dun Perak.
Tok harap kita semua dapat bersabar kerana mereka tak ada point nak kenakan PR selain provokasi.Kalau 50 tahun kita boleh bersabar diperintah UMNO-BN,apa salahnya lagi 2 tahun?
Mengalah bukan kalah dan perlu ada pendekatan berhemah dan bijaksana.
Tok sokong cadangan didokumentasikan peristiwa atau krisis yang berlaku di Perak dari mula kerajaan PR ditubuhkan,ditumbangkan sehingga peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak.
Dapatkan ulasan pakar undang-undang dalam dan luar negeri,komen tokoh agama Islam,Buddha dan Hindu,ulasan aktivis masyarakat dan lain-lain lagi kita rangkumkan semua.Setelah didokumentasikan kita burn banyak-banyak CD dan jual dalam dan luar negeri.CNN,BBC ,Al Jazeera dan media asing sanggup membelinya dengan bayaran lumayan.
Serahkan juga CD ini kepada Amnesty International,OIC,Kesatuan Eropah dan PBB.Biar satu dunia tahu demokrasi di Malaysia macamana dan bagaimana polis buat kerja di sini.
Jangan ditangguhkan dan bloggers semua boleh bekerjasama dan kerja ini akan jadi lebih mudah jika PR turut menghulurkan bantuan.
Tok nak pesan pada semua tentang provokasi ini mungkin dicetuskan untuk diisytiharkan darurat di Perak dan pentadbiran Perak akan diambilalih oleh Kerajaan Pusat.Abhisit pernah isytiharkan darurat di Bangkok.Time tu pemimpin PR mungkin akan ditahan polis.So,jangan bagi lampu hijau kepada provokasi.
Kita buat-buat selamba kerana tak lama lagi UMNO akan berkubur di Perak…InsyaAllah

tok iskandar May 10, 2009 at 3:33 PM  

Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.
Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan

tok iskandar May 10, 2009 at 4:44 PM  

Macamana media totok UMNO boleh tahu apa yang dibisikkan oleh Raja Nazrin kepada Nizar.
Korang semua telinga capang ke?
kalau salah apa yang korang laporkan,Raja Nazrin boleh saman korang
Rentikanlah keja mengarut sekadar nak jadi balachi UMNO

tok iskandar May 10, 2009 at 4:58 PM  

setiakawan sesama rakan kongsi PR.
7 Mei membuktikan bagaimana rakan-rakan ADUN PKR dan DAP berhabis-habisan mempertahankan MB PAS.
Ketika sivakumar diheret polis,ADUN PAS dan PKR cuba menghalangnya.
Inilah setiakawan dan kita perlu buktikan sekali lagi ketika PRK di Penanti

Xenan May 10, 2009 at 10:53 PM  

Bro2 sekalian,

Definasi UMNO Nation dah complete.Udah la berharap2. Tader ruang pon tuk org biasa cam kita ni.

1.Mohon PAS/PKR sediakan 2 kerusi penjihad untuk tahanan ISA

Gerakan bebaskan mereka ni wa join sbb wa nak tgk ape reaksi PKR n PAS.Ade berani tak mereka.
Kalau kata sayang kerusi pon,wa nak tanya ape function sgt kerusi diorg ni dlm ADUN tetambah kat negeri bukan pakatan..aper power diorg leh wat?Sign borang PIBG pon tak laku.Kerajaan PR perak yg menang pon leh jatuh.Wat membazir kerusi jek.

Kalau takat kata nak tolong rakyat tempat diorg..bukannya diorg dpt peruntukan pon.Nak tolong pakai duit sendiri..tayah jawatan pon takpa.Boleh tolong jer terus tayah tunggu jd ADUN.

Skang ni modal yg Pas/PKR ada kerusi jek…gi pakai kerusi tuh tuk tawar menawar tahanan ISA lagi bagus.Lagi bagus dr berhenti sebab nak lanjut pelajaran.

Lagi teruk bila yg hindraf ugut sikit dpt kuar dr ISA.Yg melayu islam sapa pon tak peduli!

Jadi wa mohon bro msk n kenkawan untuk support gerakan ni.Sapo lead tuh tak penting.Yg penting ado lah sikit kemenangan n jasa yg boleh nampak kat rakyat.

Mohon bantuan bro n geng

http://bebaskanmereka.blogspot.com

jamilkucing May 11, 2009 at 2:16 AM  

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Anonymous,  May 11, 2009 at 5:34 PM  

hahaha... kalau petang ini mr. jamilkucing alduburi membaca star online, maka dirinya akan terasa seperti diludahi dengan kata-katanya sendiri. Dari awal lagi orang lain sudah tahu yang mana satu emas tulin dan yang mana satu emas celup. Sayangnya jamilkucing alduburi yang berpaksikan Saiful BA alponggongi dengan penuh emosi menghuraikan khayalannya disini. Tidak malukah mr. jamilkucing bilamana terpaksa menelan balik ludahnya yang sudah mula pekat bernanah??

Jangan pula mr. jamilkucing mengikuti aksi kucing yang sedang galak di musim mengawan....!!

Pak Oncu May 12, 2009 at 9:18 AM  

saja nak tanyo.... bukan kah JAMIL KUCING ni penyokong TEGAR ANWAR IBRAHIM??????

Radenjowo May 12, 2009 at 11:05 AM  

21205950007959 (RHB) / 162450188886 (Maybank)
Setakat Rabu 07 May lepas ... RM220.98 .... ALhamdulillah !
Sebarang pesanan ... radenjowo at yahoo.com

Blog list