Rakan WARTAMAYA

Sunday, May 31, 2009

Mansor tak jangka peratus keluar undi rendah

BUKIT MERTAJAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman terkejut dengan peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlalu rendah setakat 2 petang tadi.

Beliau berkata, PKR sememangnya menjangkakan peratusan keseluruhan keluar mengundi akan menurun tetapi tidak menduga kadarnya sangat rendah setakat ini.

"Tak taulah apa yang berlaku... kita dah jangka akan rendah, tapi tak jangka rendah sangat," katanya ketika ditemui sewaktu melawat peti undi Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu. - MStar
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list