Rakan WARTAMAYA

Friday, May 22, 2009

Kisah Katak Puru dan Singa

Katak puru … yang tubuhnya menggelembong dengan kudis kudis buta bertemu dengan seekor singa yang juga merupakan teman karibnya.

Lalu katak berkata … “Wahai Sang Singa .. .sesungguhnya hamba tidak cantik di mata bintang lain. Kulit hamba berkudis dan menggelembong. Mata hamba pula terjojol keluar. Kulit hamba seperti metalik warnanya. Oleh itu hamba memohon untuk Tuan Hamba mengistiharkan hamba ini ‘cantik’ agar senang hati hamba bila berdepan dengan binatang lain kelak”

“Untuk apa kau mahu kan keputusan dari kami, sedangkan realitinya kamu adalah buruk”, Tanya Singa.

“Untuk sekadar menyedapkan hati hamba Tuan Hamba …. !”, kata katak lagi.

Maka .. mengenangkan si Katak adalah kawan karib nya selama ini maka Singa pun berkata., “Wahai binatang binatang di hutan sekelian … dengan ini Aku mengumumkan bahawa katak ini adalah bintangan yang sempurna, cantik, comel, licin kulit dan handsome.”

“Terima kaseh Tuan Hamba “, kata katak.

“Hamba akur dengan kenyataan Tuan Hamba.”, kata katak keluar melompat lompat sambil bersiul senang hati.

Singa geleng kepala dan berkata .. “Heheh .. ini macam pun ada ka?”
Share/Bookmark

6 comments:

Unknown May 22, 2009 at 6:45 PM  

Salam Wak.

Orang yang kekurangan memang begitu. Itu sebab kalau nak mengorat, kena tuju yang cantik. Kita tidak akan dimaki. Tapi kalau tuju pada yang huduh peratus kena maki adalah tinggi.

Dari pengalaman dulu-dulu he..he..

Unknown May 22, 2009 at 6:46 PM  

Salam lagi Wak,

Pengistiharan yang molok kepada yang tidak sedar diri... semuga nyenyak tidur yang sebelumnya selalu mengigau!

Anonymous,  May 22, 2009 at 7:25 PM  

Saya kenal katak tu.
Untuk sekadar menyedapkan hati terpaksa guna kerjasama Singa.

Anonymous,  May 22, 2009 at 9:30 PM  

itulah gupenya..dulu kini dan selamanya.....hehekakaka

Anonymous,  May 22, 2009 at 9:32 PM  

hehehehhehhehehe,

Ana dapat teka muko katak tuh macam Ah Chong aka Nizar aka anak sedara ngeh koo ham.

memang cantik muker dier ngan janggut sejemput boer dier tuh......hmmmmmmm

zarkasyi May 22, 2009 at 11:38 PM  

Kalau dah terlalu banyak KATAK beratur kat dalam BARISAN tu... lama lama terliur juga SINGA tengok.. akhirnya dia ngap jugak KATAK tu karang... habis laa riwayat KATAK... kita tengok laa cam ne jadi pada KATAK... semoga SINGA akhirnya memakan KATAK-KATAK itu...

Best laa cerita KATAK dan SINGA nie... boleh dapat grammy award...

Blog list