Keli babi satu ulang tayang
Kecoh la beberapa hari ni pasai keli makan taik babi. Ntah berapa lama orang tu dah niaga, ntah berapa banyak la orang Islam yang dah makan? Hampeh !!! Itu kerja orang yang tak der otak dan tidak sensitif tentang masyarakat majmuk negara kita. Tak kesah la .. kalau dah bodoh, degil .. nak buat camana? Cuba kita tengok yang ini lak
aku petik dari berita yang sama di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.Hah alaaaahhh .. ye la tu. Sijil Halal. Dari dulu asyik citer pasal sijil halal. Yang ada sekarang ni ntah pantau ke tidak.
Bila dah jadi isu ... jawapannya, "Kami kurang kakitangan nak pi pantau"
Sijil halal ni macam business. Nak mohon ada kos. Tapi lepas bagi .. siapa nak pantau. Tunggu orang complaint baru nak kelam kabut.
Tu la cerita nya sampai kesudah. Asyik ulang ulang dari dulu. Tak pernah selesai. Ni belum cerita pasal ikan tilapia dan sayur yang gunakan baja babi. Huh .. !!! Letih la.
Ntah berapa kilo taik babi yang aku dah makan ... Tu la pasal kita suruh buat kandang babi moden. Hangpa degil.
15 comments:
yahudi laknatullah tu pun tau jaga dia punya kosher (halal) betapa cukup strict, masyarakat islam malaysia ni buat acuh tak acuh saja, orang tu kata orang ini yang punya tanggungjawab, orang ini kata orang itu, pi mai pi mai, last2 kita ini yang makan benda tidak halal juga akhirnya.
aku lebih confident makan benda kosher lagi daripada makan yang ada cop halal malaysia. pokok pangkal dia, kita ini tidak mahu buat satu sistem pantau yang berkesan. yang ada sekarang banyak loop hole.
-garden
nak bagi contoh betapa yahudi ini begitu particular bab kosher, hinggakan benda "timun jeruk" (pickle) tu pun ada yang kosher. walaupun benda itu sayuran jeruk. kita kat malaysia kira amik langkah agak-agak(assume) sume yang sayuran ini, tak kira jeruk ke fresh ke, adalah halal.
apa kata kita contohi yahudi tu. tak salah kita contohi cara yahudi yang ini, lagipun manfaat adalah kepada umat. nabi (saw) pun ada contohi juga diet makanan yang suka diamalkan orang yahudi.
-garden
Tu hari aku dah terbeli ikan keli, selepas keluar berita tu, tak jadi aku nak masak. Geli rasanya.
Bila perkara ni timbul, aku tak tau la apa nasib peniaga melayu yang bela ikan keli. Silap silap bangkrap la. Ini lah yang di katakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Ni la nasib melayu. Ada kerajaan pun bukan boleh harap sangat.
ini semua kerana umno dacing senget,
kalau tak kerana si najib bonggol dan si kaki todoq and anak beranak mamak, negara kita ni dah lebih maju dr negara jiran dan umat islam terkedepan.
kerrana ada mangkuk hayun nilah, melayu jadi layu. Sial punya umno parti HARAM.
umno parti haram!
Patut lah ramai yang jadi gila seks, mat rempit, perompak, perogol, pencuri. Dok tiap tiap hari makan tahi babi rupanya.
Bila gejala menjadi jadi, ada pihak yang salahkan mak bapak. Tak cerita pun pasal pemakanan yang rosak.
hehehehehehehhehehehhe,
Alhamdulillah kiter patot bersyukur kerana perkara sebegitu dibenarkan pengebahaan oleh Menteri Besar skarang yang datang dari orang UMNO.
Kalu nizar tu masih berkuasa yang idung nyer seperti diketahui umum dicucuk oleh ngeh ngeh tuh,
sampai skarang nih pun kiter masih menjamah ikan keli berperisa babi keluaran dari negeri Perak.
heehehehehehehe,
Aloo Ramli Saripz....sedapnyer bahasa kao, blajar dari guru bulan kerr........hehehehehe aponak dikato allah pong boleh mencarot kan....hahahahaha.
Cuber ambik seminit tarik nafas dan perhati sekeliling mu- mak bapak, adik beradik, istri, anak anak dan sedara mara ader tak depa ni smua penah dapat subsidi kerajaan BN skarang nih..jangan gajah depan mater tak nampak tapik kuman diseberang laut kao kalotkan....yolah semua yang tak baik tuh darik UMNO.....tapik smua yang baik baik tu dari parti ting tong kao lah....hehehehe
Ikan Keli itu halal.
Katakan najis itu secara fizikalnya terlekat kat ikan (bukannya yang dah dihadamkan dalam perut) cuma samakkan ia dan sucilah ia untuk di makan.
Mungkin rasa geli atau jijik tapi itu cuma persepsi sahaja. Halal tetap halal yang haram tetap haram
kalau datang ke Ipoh Parade,sebagai orang islam sy nasihatkan jgn makan/minum di KOPITIAM.Tiada seorang pun pekerja Islam dan bahan masakan tidak diketahui status HALAL.ayam dan daging di bekalkan oleh perniaga bukan Islam.Sedih tengok sb ramai org Islam mkn di situ.Bila di tegur..kita pulak di marahnya!!!
Balik-balik alasan lapuk tu je la keluar, tak cukup kakitangan. Tu perkara penting patut kena la budget betul-betul. Kemaslahatan umat Islam amat penting dijaga. Begitulah nasib di bawah kerajaan sekular.
Ikan keli tu makan najis la, bukan setakat lekat di kulit.
Tu yang aku pun ikut geli.
Tu belum lagi usus dan daging babi yang dibuat makanan ikan keli.
Gelinya
Anony May 20, 2009 3:15 PM dah gelap hati ke?
Selaknat-laknat Yahudi itu, masih lagi dia jaga makan-minum dia, kena pastikan kosher, kalau tak kosher Yahudi ni tak akan sentuh masuk mulut pun. Melayu Malaysia punya formula, kalau ada Melayu makan, for sure halal punya. Kesian.
Kalau dah Al-Quran kata babi itu haram di makan, maka kalau apa-apa hasil yang memakan sumber babi pun kalau boleh kita jauhkan kalau kita pasti. Kalau was-was, elok tinggal. Lagipun kajian sains dah bukti babi ini ada banyak parasit dalam badan dia, contoh terbaru punca drpa babi...swine flu. Kalau tak reti lagi...memang gelap sangat hati dah tu.
Malah riba itu pun haram. Jadi kalau apa-apa yang berkaitan maka patut kita elak. Sebab bila makanan itu jadi darah daging takde berkat, bila takde berkat, maka lahirlah generasi yang rosak. Nak beza halal haram pun tak pandai.
-garden
Anony May 20, 2009 3:15,
Aku nak belajar cara samak ikan keli macam mana?
Hahaha...Yong selamat sebab Yong tak makan ikan keli. Tapi halal ke deme selalu guna alasan tak cukup kakitangan nak pantau ni?. Pendiknya, tambah kakitangan dua kali ganda pun tak akan cukup kalau dah dasar pemalas. Halal ke gaji kalau dah malas buat keroje. Sapa tanggung dosa nih, kot makan ikan keli haram, atau keropok haram, atau MB haram...? opps silap!!! MB haram cuma ade di Perak je.Bubar DUN supaya kita boleh dapat MB halal.
Pada saya, saya tidak was-was nak makan ikan keli tu. Sebab jelas ikan keli makanan yang halal.
Tapi saya mungkin rasa mual dan jijik nak makan. Tapi kalau pergi belakang kedai mamak rasa mual juga tengok dapur dia.
Yang penting pada saya ialah prisinpnya dan hukum asalnya ikan keli itu halal. Adakah ikan keli itu jadi sama taraf dengan daging babi apabila ikan itu makan najis babi dan di hadzamkan dalam perutnya? Jawapannya sudah tentu tidak. Kalau begitu banyak benda kita tak boleh makan. Contohnya sayur kangkung yang ditabur baja najis lembu. Atau ikan kelah yang makan bangkai binatang lain di sungai. Udang? Udang pun makan bangkai juga. MAcamna dengan ikan yang kita pancing guna perut Ayam busuk?
Inilah pandangan saya berdasarkan dari kelas Fekah saya dulu. Mungkin saya silap. ATau Uztaz saya salah ajar. Tapi kalau ditanya pada majlis fatwa pun rasanya itulah jawapannya lebih kurang iaitu Ikan keli itu tetap halal.
Jangan lah kita hendak mengharamkan yang halal. Siapa kita?
Yang haramnya fitnah memfitnah dan memburukkan orang dan sindir menyindir dengan niat untuk memburukkan dan menghina orang. Bukannya untuk memperbaiki orang.
opsss silap.!!! Yang halal dan haram itu ialah kata orang PR sahaja sebab diaorang dah jadi mujtahid dah tarafnya. Betul tak Yong?
Post a Comment