Rakan WARTAMAYA

Wednesday, May 20, 2009

Hampeh ...


Keadaan bas Transnasional remuk selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, Pahang, kelmarin.Dua maut dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8.45 malam itu. Mangsa ialah pemandu treler, Khairil Nizam Mohamed, 31, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu dan penumpang bas, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun, Triang.Bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler yang membawa muatan baja terbabit dari arah bertentangan. - dipetik dr Utusan

Menteri bertukar ganti, semuanya macam pandai. Ijazah bertampal penuh dinding. Tapi cakap tak serupa bikin. Kemalangan terus berlaku. Nyawa terus melayang. Dulu masa kemalangan di Perak, semua jadi kecoh. Ewahhhh ... masing masing tunjuk terror. Kata itu dan ini. Macam macam langkah konon. JPJ plak .. kata nya nak letak pegawai kat bas stand. Setakat cakap je. Hah.. sekarang apa crita?

Nah sekarang nak baca cerita pasai kemalangan bas macam ni, dah malas, dah meluat. Pengguna kena buat tindakan sendiri. Jangan harap pada menteri. Ada baiknya di boikot perkhidmatan bas express. Biar diorang buat sesuatu. Kalau tak .... masalah cam ni takkan selesainya. Gua bilang ... "Jangan terlalu berharap" ... depa depa tu membuntangkan perut masing masing je.
Share/Bookmark

7 comments:

ISA May 20, 2009 at 11:20 PM  

Woi... mana kotak hitam... dulu tak sabar2 nak pasang... pastu nak buat tapisan driver... tapi masih ada lagi kes driver banyak saman dan driver lalok...

Menteri Pengangkutan Pengarah JPJ, bercakap setakat hangat2 tahi ayam jer... lebih baik pergi makan jer tahi ayam... bangang haramjadah jadi Menteri dan Pengarah JPJ.

Membuncitkan perut sendiri adalah.... BODOH...

Anonymous,  May 21, 2009 at 12:15 AM  

salam semua.
saya dah lama boikot naik bas malam. tak sanggup naik keranda malam

Yong May 21, 2009 at 7:54 AM  

Yong banyak kali memandu di lebuhraya. Yong pandu hadlaju maxima. Itupun Yong masih kena potong dek bas express. Deme melebihi hadlaju sepanjang masa. Cayalah cakap Yong. Tapi kekadang Yong dipotong juga dek kancil yang penuh dengan penumpang dan dipandu melebihi hadlaju.

fazly May 21, 2009 at 9:16 AM  

um.. aku ade gak lalu area2 situ baru2 ni. Cuba bayangkan had laju 90kmj, aku pun bawak le ikut had laju kebangsaan... tapi bas2 yang potong aku, rasenye bawak lebih dari 120kmj. siap ade sekali tu kerete yg bertentangan kene mengelak sbb bas yg terlalu laju tu. hinss... kdg2 aku pikir, diorang ni nak kejar ape?

jazrul May 21, 2009 at 3:49 PM  

penumpang yang jadi mangsa
orang
fire extinguisher

fauzi June 16, 2009 at 3:29 PM  

kita nak buat apa pun kena fikir orang lain sama

fire alarm syetem

Blog list