Bukan pondok panas, tapi payung panas
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju supaya meja penyemak diadakan bagi menggantikan "pondok panas" yang tidak lagi boleh diadakan semasa hari pengundian pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti pada 31 Mei ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata sebarang bentuk kempen tidak boleh dilakukan semasa hari pengundian kerana ini ditetapkan oleh Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Selepas mengadakan pertemuan bersama parti politik, kita bersetuju untuk mengadakan meja penyemak untuk parti yang bertanding yang ingin menyemak status tempat mengundi pemilih masing-masing.
"Jadi kita benarkanlah meja penyemak dengan hanya meja dan payung besar sahaja. Tidak ada lagi khemah dan perayu undi seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama di ibu pejabat SPR di sini.
Abdul Aziz berkata SPR membenarkan dua atau tiga wakil sahaja daripada parti politik bagi membantu menjalankan kerja menyemak.
"Penguatkuasaan ini sebagai langkah mewujudkan suatu budaya pilihan raya yang baru yang lebih aman, berhemah dan berdisiplin di kalangan parti-parti politik dan rakyat di negara ini. - sini
2 comments:
tujuan spr @ kerajaan buat semua ini adalah kerana ingin mengenalpasti mood bakal pengundi..skiranya majoriti utk dun penanti berkurangan maka bole dikatakan strategi ini bjaya dan akan digunakan pada PRU akan dtg..so, PR harus bjuang bmati matian agar dpt mningkatkan majoriti pengundi..smoga brjaya!
Wak,
Saya dah jumpa payung yang sesuai. Ada kat link ni http://demampaneh.blogspot.com/2009/05/spr-payung-besar-ganti-pondok-panas.html
Post a Comment