Rakan WARTAMAYA

Tuesday, May 19, 2009

Anak Raja Petra bersalah mencuri ?

malaysiakini - Anak penulis blog terkenal Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar bandar raya itu.

Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ bernilai RM8,000 milik Mohd Syaiful Setapa, lapor laman web Utusan Malaysia.

Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.

Raja Azman juga mengaku memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd Syaiful.

Lelaki itu juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC milik Ahmad Firdaus Jalaluddin, lapor akhbar itu lagi.

Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Raja Azman antara pukul 9.30 pagi 20 Mac lalu dan 10.40 malam 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat Shah Alam.

Beliau dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini dan hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun.
Share/Bookmark

4 comments:

Anonymous,  May 19, 2009 at 5:08 PM  

Anak raja pun mencuri.... haiiii...bawak motor pulak tu... ni raja pokai ke apa...

mangchikla May 19, 2009 at 5:35 PM  

Yg curi berbillion tuh camner agaknye ek? Baru baru teman dengor cite 60 billion duit TH kene amik... seronok nyerrrr

Anonymous,  May 19, 2009 at 5:52 PM  

yang cikit kena tangkap
yang banyak .... jangan cakap
boss suruh diam diam

Anonymous,  May 19, 2009 at 7:01 PM  

ini menunjukkan beliau sangat dhaif - tiada duit. hanya naik motosikal. jika raja petra mahu duit, beliau boleh melacurkan penulisan. anak beliau hidup dalam kedhaifan

Blog list