Message dari wak
Phuh ! ..... cili
Tapak semaian
ni la dia .. sekam padi bakar yang di pesan ... dah sampai ..
ooooo !!!
Salam pada semua,
Terdahulu wak mengucapkan ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat mengendalikan blog ini untuk sementara waktu. Minta minta ramai yang tak marah dan paham. Apa pun, wak tak kisah ... sebab wak ada alasan wak tersendiri. Biar lah wak selesaikan dulu masalah wak sebelum kembali aktif.
Semalam, wak terima banyak sms dari penyokong PAS dan PKR di Perak untuk berita tentang penamaan calun di Bukit Gantang dan Selambau. Tapi ketika itu wak sedang berada di ladang. Tak sempat untuk wak cari restaurant yang mempunyai kemudahaan WIFI dan mencari rakan yang mempunyai laptop. Bila dah dapat laptop .. pening lak nak cari WIFI. Terpikir juga di dalam kepala kenapa Selangor tidak mempunyai perkhidmatan WIFI percuma seperti di Pulau Pinang. Mungkin tiada atau mungkin langkah kemudian.
Tapi untuk pengetahuan pelayar blog ni yang setia termasuk Amanbanjar, Leez, Montoya, wasami dan ramai lagi, wak sedang usaha kan ladang untuk keperluan kehidupan wak. Adalah manusia yang penyanyang untuk memberikan bantuan untuk tujuan tersebut. Tapi dana tidak boleh di selewengkan untuk tujuan berpolitik. Itu kena jaga. Tak per .. usaha sedikit sedikit .. kalau ada rezeki nanti, mungkin boleh di gunakan untuk bayar internet yang tergantung. Ini lah perjuangan blogger miskin.
Wakakka !!
InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh lah kita bersama pada pilihanraya nanti. Itu pun kalau ada. Tak berani nak janji.
Apa apa pun ... perjuangan perlu di teruskan. Perjuangan parti atau perjuangan hidup?
Kita jumpa lagi !!!
Takbir !
Wakakaka !!!
23 comments:
Tahniah wak
Itu bukan Primitif tapi pertanian moden.
Selamat berjaya !
WAK,
Apa yang wak alami sebijik macam saya, tapi lainnya, saya korek mana mana yang tinggal...underwear aje yang belum dijual, kalau laku boleh jugak dijualnya buat modal...
Dulu saya berhabis untuk parti nak tengok parti baru memerintah dengan politik baru..ropa ropanya...sama saja. Saya bukan tidak ikhlas...tapi kalau yang ada diatas sekarang ikhlas..jangan ambil gaji dan elaun tu...bagi kat wak kan bagus.
Saya juga balik kampong..tanam apa yang patut..untuk anak isteri makan. Sedihnya.
Itu lah perjuangan yang tak harap pada balasan.
Kalau ada duit boleh blog, kalau tak der, rehat untuk sementara.
Yang penting isi poket sendiri dan keluarga. Jangan sampai anak lapar kerana sibuk berpolitik.
Tahniah pada wak.
assalamualaikum dan selamat pagi. wak terima kasih atas penerangan yang tulus ikhlas dari wak. kami sebagai sahabat akan mendoakan kejayaan dan keberkatan apa yang wak sedang usahakan itu. apa-apa pun wak kita sahabat2 masih mengharapkan agar wak kembali aktif seperti dolu2. wak nak bukak tabung ker...shbt2 sedia mnghulurkan sumbangan demi perjuangan kita. wak akhir bicara terima kasih atas sumbangan. wassalam. AMANBANJAR
wak,
kalau wak nak harapkan bantuan, letak no akaun kat atas. kitorang boleh tabungkan.
itu pun kalau wak nak la.
- pengunjung setia no2umno
assalamualaikum dan salam perjuangan.
terima kasih atas kesudian wak untuk menyatakan yang benar...hehehe...buat aper yang terutama dan terpenting dulu sebelum yang lain. kami sahabat sentiasa mendoakan kejayaan dan keberkatan apa yang wak hendak usahakan. wak kalu nak buat tabung macam ABO pun shbt2 rasanya tak keberatan utk menghulur sumbangan sedikit.
apa2 pun kita tau aper yg terbaik demi kehidupan dan perjuangan kita. wassalam
syabas wak
berbudi pada tanah
selamat wak
Salam Wak,
Projek cili yeee....., he..he..he..., bagi le nombor akaun wak.
Boleh la..., kami ramai2 sumbangkan sikit sebanyak untuk bayar bil tenet tu...
Bukannya apa, meriah sikit dunia blogger ni, ramai yang dahagakan maklumat terkini dari blogger.
Nak harapkan suratkhabar? Nombor ekor jelah yang betul, itu pun ada orang kata salah jugak... wakakakak...
calling...calling... la...
sama-sama lah wak kita berjuang dalam PRK ni.bantu mana yang patut
salam admin,
nak minta pendapat anda…
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Owh wak..sejalan la kita.jemput karoke lagu tema pak tani dlm blog saya.
http://xenanhu.blogspot.com
wak tanam cili kah?harga selangor masih ok ka?Kat taiping ni harga drop sedrop2 nya.Sapa tah gatai tangan import kulai siam ngn hot cili banyak2.Naya la petani camni...
Ekonomi macam sekarang ni elok lah kita bertani. Tukar tiub pun cakap benda yang sama.
Mari bertani !
Wak,
kitaorang syang sgt pada wak :)
saya baru join dalam dunia bloggers.
Jangan cakap sayang sayang, kang wak menangis nanti.
Tersedak wak masa tanam cili.
ke ke ke
ceramah pilihan raya kecil buikt gantang dan selambau di http://www.malayadaily.com
Assalmu alaikom.. Tuan Webmaster jangan lupa 'bumiperak' dalam list blogger ini.
terima kasih
http://aaaaadoii.blogspot.com/
wak bagilah no ac. tak byk sikit boleh juga meringankan beban. cili turun harga tak pe kita buat cili sos. boleh jual mahal sikit kalau tak buat cili serbuk, keringkan dulu.
MAMA ANNISA N ANNUR
Wak merajuk tu
Dari cerita pasal politik baik pegi tanam cili.
Steady wak
Saya pun dulu menulis dalam internet, sejak 1998 lagi. mendokong amanah 3 penggal PRU, sebagai peniaga peluang diberi semasa sebelum PR, tapi bila PR menang peluang jadi lebih sukar, bukan semua orang yang dapat kerja dulu orang UMNO, tapi ini saja cara kita cari makan, saya tutup perniagaan dan sekarang bertani juga. Kehidupan makin lebih buruk..saya tidak mahu mengisahkan kisah lama, yang penting kedepan. Ramai orang macam kami zaman PR ini. Orang politik hanya tahu menggunakan orang macam kami...bukan tidak ikhlas. tapi lihatlah dengan hati yang ikhlas. Dan orang macam kami juga tidak mampu untuk meminta minta. Jadi saya faham kenapa WAK tidak mahu meletakkan no akaun disini. Walau saya sendiri pun sampai bergolok bergadai nak melihat politik baru di Selangor terutama, politik itu betul orang politik yang membuat ia kotor. kita bukan jenis nak mengampu, tikam belakang. Cukuplah.
masuk jer UMNo semula,,,,, ha ha ha h ha
wak..pe hal skrg blog kau tak update cpt??
Bersama memajukan negara
Post a Comment