Rakan WARTAMAYA

Monday, January 2, 2012

TAJUK NOVEL : BANYAK NKO PUNYA OMBAK ....


Amin hanya mampu berkata,"Esok ye .. ", bila anaknya memintakan sesuatu. Jari keras kematunya hanya sekadar menyapu air mata Siti, anaknya yang mahukan permainan patung kecil yang kerap kelihatan diulit oleh jirannya. Ntah berapa kali dia menggunakan alasan yang sama untuk meredakan tangisan anaknya, dia pun tak tahu. Sudah kerap juga dia berdoa untuk dimurahkan rezeki, namun mungkin ianya belum termakbul atau masih belum tiba waktu. Amin masih percaya pada Tuhan dan akan terus berdoa.

Untuk membesarkan 4 orang anak di kota besar, Kuala Lumpur ini memang lah agak memeritkan, namun Amin sedar, dengan ilmu yang tidak seberapa, pengalaman yang agak terbatas, dia akur dengan kehendak Tuhan, walaupun berhadapan dengan bermacam-macam masalah sepanjang hidupnya.

Rabiah, isterinya yang dikahwininya 18 tahun dulu juga tidak pernah menyesal kerana dia sedar bahawa, masalah memang ada pada sesiapa pun. Masalah itu tidak kenal kepada jenis bangsa, agama, keturunan mahupun tahap ekonomi seseorang itu. Tapi perasaan hibanya akan menjelma pabila anak-anaknya mahukan sesuatu, Sedangkan Amin tidak mampu untuk menunaikannya.

Rabiah juga sedar, sekadar menjadi pengayuh beca, suaminya, hanya mampu untuk memberikannya makan dan minum. Usah cerita tentang makanan yang enak-enak tapi jika sekadar nasi berlaukkan telur goreng, berkuahkan minyak jelantah atau berkicapkan bancuhan garam dan air, ianya sudah begitu sinonim kepada diri dan keuarganya. Janji, dia boleh terus besarkan anak-anaknya sehingga mereka tahu berdikari sendiri. Memang ianya tidak mencukupi, tapi itu lah yang termampu buat masa ini.

Masa depan anak-anaknya juga begitu kelam dan kabur setakat ini. Ntah kan menjadi pengayuh beca seperti nya atau kerjaya apa sekali pun, langsung tidak terfikir. Dia faham bahawa remaja ketika ini mahukan semuanya. Kalau Zali, satu-satunya anak lelakinya, mungkin boleh, tapi bagaimana pula dengan ketiga-tiga anak perempuannya? Tidak mungkin perempuan pula menjadi pengayuh beca. Ahhh .. rezeki di tangan Tuhan dan sudah pasti ada jalannya. Yang penting, tidak menjadi perempuan murahan, berbelanja mewah, sedangkan ianya dari hasil haram.

Bersambung ...

Share/Bookmark

3 comments:

Yong January 2, 2012 at 10:12 AM  

Yb, Novel ni sedih le. Sebab tu Yong taknak baca novel. Takde ke novel yang lucu?

radens albanjari January 2, 2012 at 11:29 AM  

minat baca novel la pulok ! aduhhh..tapi bagus juga, jika dulu ada radentani, sekarang sudah ada radenovela..kih..kih..kih !

Jgn maree..wak ! Nanti novel terhempas lagi..!!

Anonymous,  January 2, 2012 at 4:06 PM  

Wak nak tanya, cerita ni bila nak sambung?

Blog list