Rakan WARTAMAYA

Thursday, July 15, 2010

Bukan kenaikan tapi Penyelarasan ... muakakak !!!


5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.[ lagi ]

"Kah kah kah ... nasib baik bukan kenaikan ... cuma penyelarasan muakakak !!!", ketawa Tok Moh.
"Bayangkan kalau kenaikan .. tentu lebih mahal ... kah kah kah", Kata Leman.
"Bangang !!!", kata mereka berdua ...
Share/Bookmark

1 comments:

azman kamarul July 15, 2010 at 10:12 PM  

Bahasa yang digunakan oleh penipu Melayu..........dah sampai peringkat macam lembu dah!!!

Blog list