Rakan WARTAMAYA

Friday, February 12, 2010

Tutup Kes Khalid Hanya Konspirasi SPRM


Bekas pengerusi GERAK, Nazree Mohd Yunus mengesyaki keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan penyelewengan pembelian lembu korban, adalah konspirasi badan itu menutup mulut pimpinan pakatan dari terus lantang mengkritik badan itu.

SPRM hari ini mengumumkan menutup siasatan terhadap 8 individu berprofil tinggi termasuklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Penutupan siasatan itu diumumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull. SPRM berkata, siasatan kes- kes ini terpaksa ditutup berikutan kekurangan bukti.

"Ada kemungkinan- kemungkinan yang dilakukan oleh SPRM untuk menutup kes- kes berprofil tinggi melibatkan pimpinan Umno-BN. Jawatankuasa disiplin Umno sendiri bahawa Ali Rustam terlibat dalam rasuah politik, bagaiman SPRM kata tidak ada?,"katanya.[ lagi ]

He he he ... syok nyee...
Share/Bookmark

3 comments:

wak kembong February 12, 2010 at 10:52 PM  

Asalamualaikum...

Sori lah kawan, wa dah tak yakin lagi ngan member ni. Hanya undi wa yang mungkin boleh mengubah keadaan...

subulus salam February 13, 2010 at 3:51 PM  

salam alaik...
Mohon add kan my blog dalam senarai blog...
terima kasih atas kesudian tuan.
wassalam

Ampatuan Jr,  February 13, 2010 at 4:52 PM  

Teman tak fikir gitu...........teman rasa ni satu lagi 'Red Flag Operations'.Dia kasi kita syiok sekejap pastu dia akan henyak kita dgn benda yg lebih hebat dan menakutkan.So,Jgn dok syiok sangat,nanti tertiarap kena lanyak.

Blog list