Rakan WARTAMAYA

Sunday, February 21, 2010

Pemborong gula tak takut menteri?


Semalam aku tercari cari gula. Dari satu kedai ke satu kedai. Tokey kedai runcit kata, "Gula dah habis". Kalau ada stok, sorang kena beli tak lebih dari 2 kg. Kalau tak der stok, nampaknya kena la perah air tebu, rebus sampai jadi gula. Cam orang dulu dulu.

Yang menariknya, sejak beberapa tahun ni, pemborong tak takut langsung dengan pak menteri. Berbuih la mulut, tapi pemborong buat derk je. Hari ni sorang Timbalan menteri ni, dah bagi amaran kepada pemborong supaya jangan sorok gula. Baca SINI

Yang peliknya, buat la camana pun, pemborong ni dah tak takut pun. Harga dah naik, tapi gula masih susah nak cari. Tau ke diorang ni buat kerja?

Antara pemborong ngan menteri, siapa la agaknya yang pandai buat kerja? Tentunya pemborong. Kalau gitu, adalah lebih baik, pemborong jadi menteri dan menteri plak jadi pemborong.
Share/Bookmark

3 comments:

nice1link@yahoo.com February 22, 2010 at 3:03 AM  

kalau bab subsidi ni, x kirelah gula ke, beras, diesel, malangnya memang pemborong lebih bijak. mereka ni lebih fasih mengenai kelemahan-kelemahan akta yg sedia ada. depa nak takut apa, habis2 pun bayar kompaun 10-15k. tapi untung depa buat dari subsidi tu dah beratus-ratus ribu.

nice1link February 22, 2010 at 3:08 AM  

kalau bab subsidi, tak kirelah gula ke, beras, diesel, dsb, malangnya memang pemborong lebih bijak. mereka lebih arif mengenai kelemahan2 akta yg sedia ada. depa nak takut apa. habis2 pun kena bayar kompaun 10-15k. tapi duit yg depa buit dari seleweng subsidi dah beratus ribu.

Anonymous,  February 22, 2010 at 8:50 PM  

Amaran dari timbalan menteri tu acah-acah je tu. Nak tunjuk kepada rakyat biasa dia prehatin. Sebenarnya, mulut dia dah penuh kena suap oleh pembekal dan pemborong tu

Blog list