Rakan WARTAMAYA

Tuesday, February 16, 2010

Ezam ajak ahli PKR ikut jejak Zahrain


JASIN 15 Feb. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor meminta rakan-rakannya dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu.

Katanya, mereka perlu berbuat demikian jika mereka berhasrat mahu mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, tindakan Zahrain dan beberapa pemimpin PKR terdahulu keluar daripada PKR dibuat berdasarkan asas yang kukuh selain terhakisnya keyakinan terhadap perjuangan parti berkenaan.

"Demi mempertahankan agama, bangsa dan negara, mereka tidak boleh berkompromi dengan permainan politik melampau yang ditunjukkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.[ lagi ]

sama sama kuar dan usung kotak .. he he he
Share/Bookmark

1 comments:

Che Mat February 16, 2010 at 10:04 AM  

dulu masa dia kuar, tak ada lak orang pkr nak ikut. ni cuba melobi lagi. agaknya kotak yg dia usung tu berat sangat, tak larat nak angkat sesorang. sian dia he..he.

Blog list