Rakan WARTAMAYA

Monday, February 15, 2010

Debat: Ahmad Ismail Bukan Lagi 'Harimau'.

Ketika masyarakat Tiong Hua menyambut Tahun Harimau, bekas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail pula tidak lagi segarang dulu dalam isu melibatkan kepentingan orang Melayu.

Ia berikutan Ahmad yang pernah membuat kenyataan bahawa orang Cina adalah pendatang dan pengikutnya pula mengoyakkan gambar Tan Sri Koh Tsu Koon pada 2008, tidak menunjukkan minat untuk menyertai debat isu Melayu Pulau Pinang terpinggir.

Sebaliknya, beliau yang tiada jawatan dalam parti sejak dilucut jawatan berikutan perselisihannya dengan Gerakan Pulau Pinang, beranggapan Ketua Umno bahagian lebih layak menyertai debat.

"Saya ingat biar depa dulu. Biarlah ketua bahagian dulu. Sat lagi depa kata saya memandai pulak" katanya kepada TV Selangor. [ lagi ]

"Miawwww ....", kata Harimau.
"Aik ... rimau ke kucing?", dalam hati Tok Moh.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  February 15, 2010 at 11:52 PM  

mat maeh akan bersuara setelah tempahan CINCIN bessaaarrrr punya nya siap.....

Blog list