Rakan WARTAMAYA

Wednesday, January 13, 2010

Kes saman "Eye On Malaysia" 8 Feb.


KUALA LUMPUR 13 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 Februari ini untuk perbicaraan kes saman syarikat Belgium, Fitraco NV, terhadap Eye on Malaysia Sdn. Bhd. (EOM) dan satu lagi syarikat berhubung kegagalan syarikat pengendali roda gergasi itu menjelaskan hutang sebanyak RM17 juta.

Hakim Anantham Kasinather menetapkan tarikh tersebut dalam kamar semasa kes tersebut dipanggil untuk pengurusan hari ini.

Pada 15 September 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn. Bhd. selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang itu bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007. [ lagi ]

2007 Tahun melawat Malaysia, 2010 tahun merawat Malaysia.
Kalau boleh rawat la ... he he he
Kalau rugi, tak payah niaga besar besar la.
Belajar niaga kacang putih dulu ... he h ehe
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list