Rakan WARTAMAYA

Sunday, December 20, 2009

Janda ekspres


KUALA LUMPUR: Sangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengah hari. Begitulah nasib sebilangan wanita berumur bawah 30 tahun yang mengharapkan kebahagiaan selama-lamanya dalam perkahwinan mereka tetapi hanya tinggal impian berikutan diceraikan suami ketika inai masih merah di jari.

Lebih teruk lagi, semakin ramai di kalangan janda muda itu yang hanya bergelar ‘isteri seminggu atau sebulan’.

Mengusutkan keadaan, mereka turut dituduh menjadi punca perceraian sedangkan hakikatnya suami membuat hal, termasuk mahu menjadikan si isteri sebagai keldai dadah.

Berikut adalah pendedahan dua wanita yang hanya sempat menikmati seketika hidup sebagai isteri sebelum mengemas beg pakaian keluar rumah bersama gelaran janda muda.
[ lagi ]

Maaf ni cuma berita. Tiada alamat yang disiarkan. Kalau ada niat nak bantu .. simpan simpan dulu.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list