Enjin F-5E : Kontraktor penyelenggaraan jadi dalang?
KUALA LUMPUR: Beberapa kontraktor penyelenggaraan pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai antara dalang yang terbabit dengan misteri kehilangan enjin pesawat itu dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi, akhir tahun lalu.
Sumber tentera berkata, siasatan tidak menolak kemungkinan kontraktor terbabit adalah dalang kejadian itu, dengan modus operandi mereka dirancang rapi hingga sukar dikesan pihak berkuasa.
“Hanya syarikat dilantik Kementerian Pertahanan itu mengetahui spesifikasi lengkap model pesawat berkenaan, selain mempunyai hubungan langsung dengan syarikat pembekal di luar negara. [ lagi ]
Tak baik la hangpa tuduh-tuduh., Hish .. kesian kat depa.
Tak kan kontraktor je kot? he he he ...
1 comments:
camana dah 2 tahun baru dapat kesan. ini kerja Logistik ke kerja kejuruteraan. Juruterbang tak mungkin kerana dia hanya tau bawak saja.logistik simpan barang jurutera baikpulih barang. Tadbir memang tak tau apa-apa tentang engin. GCI controller Pertahanan Udara jauh sekali mereka cuma kawal fighter guna radar je. Handau jaga pintu pagar.Hai keje sapa la gamaknya. Dulu time aku keja tak penah jadi. apa ke halnya pulak ni pada hal gaji TUDM dah cukup tinggi kini tak macam kami dulu-dulu.
Post a Comment