Dua anak polis antara tiga ditahan terlibat samun
PULAU PINANG 28 Dis. - Dua anak anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar bandar ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan awal 20-an ditahan di Jalan Terengganu di sini pada pukul 5.20 pagi kelmarin.
Menurutnya, dalam operasi itu polis turut merampas dua buah motosikal yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan samun di kawasan sekitar Daerah Timur Laut.
"Semua mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah dan hasil pemeriksaan kita menemui parang yang dibalut dan disembunyikan pada salah sebuah motosikal. [ lagi ]
0 comments:
Post a Comment