Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 3, 2009

Baru jam 10.00 malam


"Astaghafirullah alazim .. adoi letih sungguh aku hari ni ...", kata Tok Moh mengeluh.

"Bapaknye .. gimana tadi ..?", tanya isteri Tok Moh .. Mak Moh.
"Lepas Isyak, Aku jumpa Leman kat kedai tadi .. sembang ngan dia kejap. Dia tengah marah tu..", jawab Tok Moh.

"Apesal pulak marah marah si Leman tu bapaknye?", tanya Mak Moh lagi.
"Dia kena berhenti kerja ... jadi mengamuk la dia", jawab Tok Moh.

"Hai bukan ke dulu dia kata Syarikat dia paling bagus ..", tanya Mak Moh, sambil menghidangkan kopi di meja.
"Biasa la .. sedang bersama semuanya indah. Bila dah bercerai, semuanya tak betul", kata Tok Moh.

"Ye le .. nama pun manusia. Bukan boleh susah sangat. Kalau susah, semua nak salahkan orang ye Bang", kata Mak Moh.
"Alahai .. Leman tu pun bukan betul sangat. Kita tengok kan je la. Ada telinga dengar, ada mata pandang, ada mulut .. kita makan. Selama ni dia sandiwara je tu. Perangai orang politik", rungut Tok Moh.

"Ehhh .. awak ni sexy sangat hari ni kenapa?", sambung Tok Moh sambil merenung Mak Moh yang berkemban.
"Abang ni .... cakap pelan pelan, cucu kita dengar nanti" kata Mak Moh sambil menjeling manja.

Tok Moh pun mencapai minuman 'kopi jantan' di depannya dan dituang ke mulutnya, sambil memandang jam dinding

"Ishkk .. baru jam 10.00 malam", rungut Tok Moh.

Berkaitan
Sekarang Kickdefella kata TGNA bersandiwara.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list