500 Ahli PKR DUN Ijok umum keluar parti, sertai BN
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya dalam Pilihan raya Umum ke-12, mengisytiharkan keluar daripada parti itu.
Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad, mengisytiharkan hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Mereka berbuat demikian ketika Abdul Khalid menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment