220 cerun sekitar Lembah Klang tidak selamat
TAMPIN: Hasil kajian awal terhadap cerun yang berbahaya meliputi kawasan seluas 100 kilometer persegi di sekitar Lembah Klang sudah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diambil tindakan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata hasil kajian itu dapat membantu PBT mengenal pasti dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap cerun yang didapati berisiko terdedah kepada kejadian tanah runtuh.
Katanya, kajian itu untuk tujuan pemetaan membabitkan kawasan yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. [ lagi ]
0 comments:
Post a Comment